awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin

Khalis Khadir
Khalis Khadir
30/11/2024
06:38 MYT
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika beliau menjadi Perdana Menteri, MoU tidak diperlukan untuk menyalurkan dana kepada pembangkang. - Gambar fail
SHAH ALAM: Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.

Ringkasan AI
  • Tiada Draf MoU: Kerajaan belum mengemukakan draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang, dan dakwaan kewujudan MoU itu hanyalah andaian.
  • Penolakan Draf Pertama: Perikatan Nasional (PN) menolak draf pertama MoU kerana tidak boleh diterima, dan belum ada draf kedua yang dihantar.
  • Peruntukan Tanpa MoU: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri, peruntukan kepada pembangkang diberikan tanpa memerlukan MoU, dan beliau mengkritik Kerajaan MADANI kerana tidak melakukan perkara yang sama.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan kewujudan MoU itu hanyalah bersifat andaian.
"Ada ke draf kedua... itu andaian. Draf pertama kita sudah jawab dan kita tolak disebabkan asasnya kita tidak boleh terima. Saya tidak mendengar pula nak dihantar draf kedua.
"Tidak bolehkah Kerajaan MADANI ikut contoh Perikatan Nasional yang memberi peruntukan tanpa MoU. Zaman PN dulu ada orang minta kita bagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Tahunan (PAT), di sini, pada Sabtu.
Perikatan Nasional minta kerajaan salur peruntukan tanpa MoU
Muhyiddin menambah, ketika beliau menjadi Perdana Menteri, MoU tidak diperlukan untuk menyalurkan dana kepada pembangkang.
“Zaman saya jadi PM dulu, MoU pun tiada, RM300,000 sahaja, bagi sahajalah jika niat itu baik. Itu bukan untuk wakil rakyat tetapi untuk rakyat, untuk kita bantu.
"Kenapa tak boleh tolong, kata ada banyak duit, trilion, berbilion namun sikit pun tidak boleh bantu," ujarnya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pembangkang mahu melihat draf kedua MoU berkaitan peruntukan kepada ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum memutuskan ketetapan mengenainya.
Ia susulan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang memaklumkan bahawa PN sedia untuk kembali berunding mengenai MoU berkenaan.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#peruntukan pembangkang
#PAT Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan