awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New York isytihar darurat berikutan ribut kuat musim sejuk
Rusia serang pelabuhan Laut Hitam Ukraine, dua kapal dagang turut jadi sasaran
Bangladesh kenang Khaleda Zia sebagai pejuang bersemangat waja, pelindung negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin

Sinar Harian
Sinar Harian
24/11/2024
07:30 MYT
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Wan Saiful (kanan) ketika menziarahi Hashim di kediamannya di Perlis pada malam Sabtu.
SHAH ALAM: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
Kunjungan itu dilihat sebagai sesi ‘menyejukkan’ suasana, susulan episod berbalas kenyataan membabitkan pemimpin daripada kedua-dua belah parti berkaitan isu calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN).
Dalam perkongsian di Facebook, Wan Saiful turut menyertakan dua gambar beliau menyantuni pemimpin veteran Pas itu dalam suasana mesra.
“Malam tadi menziarahi Datuk Hashim Jasin, Mursyidul Am Pas di kediaman beliau. Sambil menikmati laksa buatan sendiri.
“Kami berbual mengenai suasana politik negeri dan nasional. Alhamdulillah, komitmen kita sama dan keinginan untuk mara ke hadapan sederap juga sama,” katanya dalam hantaran tersebut.
Episod hangat membabitkan kedua-dua rakan gabungan PN itu bermula apabila Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan mengesyorkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal jawatan Perdana Menteri dari PN pada PRU akan datang.
Bagaimanapun, Hashim dalam satu kenyataan menegaskan, parti itu lebih layak memimpin PN, sekali gus menolak cadangan supaya Muhyiddin kekal sebagai calon PM gabungan itu.
Bekas Pesuruhjaya Pas Perlis itu juga dipetik berkata, Pas layak memimpin kerana wakilnya paling ramai di Dewan Rakyat dalam PN yang diterajui Muhyiddin dan mempunyai jentera akar umbi kuat di seluruh negara. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Wan Saiful Wan Jan
#calon PM Perikatan Nasional
#Muhyiddin Yassin
#Hashim Jasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan