Peranan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) tidak lagi relevan dalam menjalankan fungsi pentadbiran tanah, perancangan dan pengurusan perbandaran di Kampung Baru.
Menurut kenyataan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), keputusan itu diambil setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2 Dis 2019 dengan mengambil kira pandangan perundangan daripada Jabatan Peguam Negara berkenaan status lembaga itu serta surat daripada Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan bertarikh 13 Feb 2020.
"Sebarang urusan berhubung dengan status Lembaga Pentadbiran MAS telah diserahkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) untuk diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang semasa yang berkuat kuasa.
"Fungsi pentadbiran tanah di Kampung Baru dilaksanakan sepenuhnya oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) dan bukannya di bawah Kaedah-kaedah MAS berdasarkan peruntukan kepada subseksyen 5 (1) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 1973 (Akta A206)," menurut kenyataan itu pada Sabtu.
PKB juga memaklumkan Kaedah-kaedah MAS hendaklah dimansuhkan kerana Lembaga Pentadbiran MAS tidak lagi mempunyai apa-apa fungsi memandangkan kebanyakan tanah MAS telah menjadi tanah beri milik dan tanah-tanah yang tinggal hanya menunggu masa untuk diberi milikan.
"Perkara-perkara yang berkaitan dengan perancangan dan pengurusan perbandaran di Kampung Baru merupakan bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diperuntukkan di bawah Akta Wilayah Persekutuan (Perancangan) 1982, Akta Bandaraya Kuala Lumpur 1973, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
"Lembaga Pentadbiran MAS tidak lagi boleh terlibat dalam pengurusan perbandaran termasuk pengeluaran permit penjajaan, kutipan bayaran tempat letak kereta dan sewa ruang iklan serta tidak lagi boleh terlibat dalam kawalan pembangunan," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Lembaga Pentadbiran MAS juga tidak boleh terlibat dalam kawalan pembangunan termasuk mengeluarkan kelulusan perintah pembangunan, pelan bangunan, pelan kejuruteraan, permit kerja bangunan dan kerja tanah, penutupan jalan awam dan kebenaran menduduki bangunan.
Bagaimanapun, KWP mengalu-alukan penglibatan Lembaga Pentadbiran MAS untuk berperanan sebagai badan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat perundingan dalam membantu urusan penyelesaian harta pusaka dan tanah dalam kalangan penduduk Kampung Baru.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 06 2020

KWP mengalu-alukan penglibatan Lembaga Pentadbiran MAS untuk berperanan sebagai NGO atau syarikat perundingan dalam membantu urusan penyelesaian harta pusaka dan tanah dalam kalangan penduduk Kampung Baru. - Gambar fail

Agenda AWANI Asia: Lonjakan Digitalisasi Reset Sektor Pendidikan
Sektor perkhidmatan kekal jadi penyumbang terbesar pertumbuhan ekonomi di sebalik impak COVID-19? Namun berdepan cabaran semasa, bagaimana sektor ini mampu meneroka potensi pasaran baharu serantau melalui adaptasi digital dan inovasi?

PKP: Bekalan darah di Terengganu hanya cukup untuk seminggu lagi
Ketua Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr Mohd Muhaimin Kambali berkata pola pendermaan darah di negeri itu menunjukkan penurunan sejak seminggu yang lalu.

Mahkamah | Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke Mahkamah Sivil
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali ditukarkan dari mahkamah jenayah ke Mahkamah Sivil. Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dalam satu pekeliling yang diedarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya pada Jumaat.

COVID-19 | Kes baharu dan sembuh paling tinggi
Malaysia mencatat angka harian tertinggi dengan 4,275 baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 180,455 kes.

Politik | Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen tolak darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menyatakan bantahan mereka terhadap darurat yang diusulkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
![[INFOGRAFIK] Malaysia merekodkan kes harian baharu sebanyak 4,275 kes [INFOGRAFIK] Malaysia merekodkan kes harian baharu sebanyak 4,275 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/22878159771611404713105/1886926_8967789641611405405641_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Malaysia merekodkan kes harian baharu sebanyak 4,275 kes
Hari ini , Malaysia merekodkan kes harian baharu sebanyak 4,275 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 180,455 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 42,769 kes. Dalam pada itu, bilangan kes sembuh harini sebanyak 4,313 kes.. Menjadikan kes pulih 137,019 kes. Sehingga kini, terdapat 260 kes positif sedang dirawat di ICU, di mana 103 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dan dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 7 kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 667 kes .

PKP | Tiga lokasi PKPD ditamatkan
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi hari ini. Ia melibatkan pusat koreksional Johor Bahru dan kuarters kakitangan, asrama pekerja westlite 1 dan 2, Senai, Johor dan Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan.

Air Sabah | Perbaiki segera bekalan air
Tindakan kerajaan Sabah untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan loji rawatan air di negeri ini mendapat sambutan baik di kalangan penduduk setempat. Hasil tinjauan di sekitar pekan Donggongon, Kota Kinabalu, rata-rata berpendapat sudah sampai waktunya keperluan asas itu ditambah baik.

Bekalan darah negara | Hanya mampu tampung keperluan lima hari
Bekalan darah di pusat darah negara (PDN) ketika ini semakin berkurangan dan hanya mampu menampung purata keperluan kegunaan selama lima hari Menurut Pakar Perubatan Transfusi PDN, Dr Thane Moze Darumalinggam, PDN memerlukan sekurang-kurangnya 500 hingga 600 beg darah sehari di lembah klang. Ikuti laporan yang disediakan wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad.

i-Sinar Kategori 2 | Orang ramai sambut baik pembayaran interim
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan ahli yang memohon kemudahan i-Sinar di bawah Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah keseluruhan yang dimohon, mulai 26 Januari ini.

COVID-19: DBKL perketat SOP Pasar Borong Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperketatkan urusan kemasukan individu berkaitan ke Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) bermula Jumaat ini, dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

WhatsApp 'Aduan Potholes DBKL' saluran maklumat jalan rosak
DBKL memperkenalkan talian 'Aduan Potholes DBKL' bagi kemudahan orang ramai membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan kerosakan jalan raya di ibu kota.

Sambutan tahun baharu 2021 dijangka paling berbeza
Berbaki sehari lagi menjelang tahun baharu 2021, antara momen paling dinantikan rakyat Malaysia khususnya warga kota, adalah sambutan besar-besaran dan pertunjukan bunga api di kawasan tumpuan awam.

DBKL tidak akan kompromi isu sewa lesen perniagaan kepada warga asing
Tindakan penguatkuasaan termasuk menyita, membatalkan lesen perniagaan dan menamatkan kontrak perjanjian akan dikenakan jika didapati menggaji atau membenarkan perniagaan mereka diurus warga asing.

Dakwa jual tanah DBKL, Pengerusi DAP mohon maaf pada Annuar Musa
Permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan fitnah itu diserahkan Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras kepada Annuar pada Isnin.

Pendakwaan tidak terus kes, Ku Nan dilepas tanpa dibebas tuduhan rasuah RM1 juta
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memaklumkan bahawa pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap Tengku Adnan.

32,000 isi rumah terima manfaat program MyFood@Wilayah
Annuar berkata, inisiatif itu menyediakan bantuan bekalan makanan yang terdiri daripada barang keperluan harian asas bernilai RM50 seunit.

Bau busuk cemar lorong belakang kedai Prima Setapak
Situasi itu sekali gus mengakibatkan longkang tersumbat dan keadaan permukaan jalan yang lembap dengan bau kurang menyenangkan.

Wilayah Bebas Berniaga: DBKL terima 1,797 permohonan Lesen Sementara KL Prihatin
Program ini dijangka memberi manfaat kepada 3,000 keluarga di Wilayah Persekutuan.

Garis panduan baharu DBKL mampu kurangkan kes berkaitan arak - Firdaus Wong
Tindakan melarang kedai runcit dan kedai serbaneka menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan bukan untuk mengehadkan hak masyarakat bukan Islam.