Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah diberi sanjungan kerana sumbangan baginda sebagai anggota Panel Peringkat Tinggi mengenai Pembiayaan Kemanusiaan di persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pelarian di sini.
Presiden Bulgaria Rosen Plevneliev melahirkan sanjungan itu ketika berucap pada Sidang Peringkat Tinggi mengenai langkah menangani pergerakan besar-besaran pelarian dan migran, diadakan bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA).
"Bulgaria menyambut baik sumbangan cukup bernilai Panel Peringkat Tinggi mengenai Pembiayaan Kemanusiaan yang dipengerusikan bersama oleh Naib-Presiden Suruhanjaya Eropah Kristalina Georgieva dan Baginda Sultan Nazrin Shah, Perak," kata beliau.
Presiden itu berkata gerak kerja mereka menonjolkan keperluan diadakan kerjasama rapat antara tindakan kemanusiaan dan pembangunan.
Malaysia diwakili di mesyuarat itu oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-71 UNGA di sini.
Dalam satu pengumuman mengenai penubuhan panel peringkat tinggi pada 21 Mei, 2015, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon berkata satu daripada cabaran paling penting yang mendepani sistem kemanusiaan hari ini ialah jurang semakin melebar antara peningkatan bilangan orang yang memerlukan bantuan dengan sumber yang perlu cukup untuk usaha pemulihan.
Menurut PBB, dalam sedekad lalu, permintaan bagi bantuan kemanusiaan telah meningkat pesat dengan bilangan orang yang memerlukan meningkat sekali ganda sejak 2002, kepada lebih 100 juta sekarang.
Keperluan pembiayaan kemanusiaan bagi 2015 berjumlah US$19.1 bilion, naik dari US$3.4 bilion pada 2004.
Panel itu ditugaskan mengkaji cabaran-cabaran pembiayaan dan mengenal pasti cara-cara untuk mengatasi jurang antara keperluan yang meningkat dengan sumber yang ada.
Laporan keputusan 'Too important to fail - addressing the humanitarian financing gap' (Terlalu penting untuk gagal - menangani jurang pembiayaan kemanusiaan) dilancarkan di Dubai pada 17 Jan, 2016. -- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2016
Presiden Bulgaria Rosen Plevneliev berkata Bulgaria menyambut baik sumbangan Panel Peringkat Tinggi mengenai Pembiayaan Kemanusiaan yang dipengerusikan bersama Naib Presiden EC Kristalina Georgieva dan Sultan Nazrin Shah (gambar) - Astro AWANI / Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penubuhan Pejabat UN-Habitat pengiktirafan PBB kepada Malaysia
Pejabat itu akan menjadi pusat tumpuan serantau yang berfungsi sebagai penghubung utama 58 negara kepada UN-Habitat dan rakan kongsinya.
100 negara sokong perjanjian hadkan pengeluaran barangan plastik
Sokongan itu bagaimanapun berdepan tentangan sengit daripada segelintir negara pengeluar minyak.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke utara Gaza
Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang teruk, dengan penduduknya menghadapi ancaman kelaparan, penyakit, dan kematian.
Wanita, kanak-kanak cari makanan dalam timbunan sampah di Gaza - Pegawai PBB
Memperolehi keperluan asas telah menjadi perjuangan harian yang mengerikan untuk terus hidup bagi penduduk Gaza.
Borrell kecewa, tidak mampu hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) yang akan bersara, Josep Borrell berkata pada Jumaat bahawa beliau meninggalkan Brussels "dengan perasaan kecewa yang amat sangat" berikutan "ketidakmampuan untuk
Ketua PBB seru gencatan senjata segera di Gaza
PBB akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak dapat dinafikan untuk hidup dengan aman, selamat dan bermaruah.