Perancangan untuk pembangunan industri automotif adalah berdasarkan pendekatan untuk membudayakan Malaysia dengan teknologi-teknologi masa depan yang canggih.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pendekatan itu berasaskan teknologi tinggi, yang menumpukan kepada pelaburan strategik dalam pembangunan rantaian bekalan tempatan dan peluang-peluang perniagaan baharu yang bersifat inovatif.
Di samping itu jelasnya, sektor automotif juga dapat menjana bagi keseluruhan ekonomi Malaysia agar dapat diselaraskan dengan perkembangan global.
"Di Malaysia, terdapat 27 pengeluar jenama kenderaan, merangkumi jenama nasional dan antarabangsa.Di samping itu, terdapat lebih dari 700 vendor, 53,000 pengedar, penjual dan pusat servis, dan juga lebih 700 ribu individu yang bekerja di dalam sektor automotif dan mobiliti.
"Pada tahun lepas, berdasarkan statistik oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), penjualan kenderaan adalah sebanyak 598,714 unit. Ini merupakan peningkatan sebanyak 3.8 peratus daripada tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, 62 peratus daripadanya adalah EEV.
"Dari segi eksport pula, Malaysia telah mengeksport kenderaan berjumlah RM2 bilion, dan eksport komponen automotif tempatan telah mencecah RM12 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian Pameran automotif, Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), pada Khamis.
Jelasnya, penggunaan aplikasi robotik dan Internet of Things (IoT) dalam sektor automotif
akan mempunyai kesan limpahan yang akan mampu menggalak pertumbuhan ekonomi dan teknologi di sektor-sektor lain seperti pertanian, kesihatan dan pertahanan.
Tambahnya, kerajaan kini menumpu kepada usaha-usaha untuk meningkatkan pelaksanaan teknologi robotik dan IoT dalam sektor automotif seperti smart manufacturing dan Artificial Intelligence yang turut boleh diguna pakai dalam pembangunan sektor-sektor lain.
"Saya telah melancarkan Dasar Negara mengenai Industri 4.0, iaitu Industry4WRD (Industry forward) pada Oktober 2018 yang lalu.
"Ia merupakan usaha Kerajaan agar pembangunan industri di Malaysia bergerak selari dengan perkembangan global termasuk Industri 4.0, yang merangka transformasi industri untuk menjadi lebih pintar dan mampan yang akan dipacu oleh insan, proses dan teknologi.
"Dasar ini telah menyediakan rangka kerja dalam transformasi digital Malaysia bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan.
"Oleh itu, pihak industri perlu mengambil peluang ini untuk membawa perniagaan mereka kepada tahap yang lebih tinggi dalam rantaian nilai," katanya.
Dr Mahathir menjelaskan, Kerajaan kini sedang menjalankan kajian semula Dasar Automotif Nasional yang meliputi keseluruhan ekosistem automotif dan disokong oleh elemen teknologi baru iaitu Next Generation Vehicle (NXGV), Mobility as a Services (MaaS) dan Revolusi Industri 4.0 termasuk Artificial Intelligence (AI).
Wan Syamsul Amly
Thu Apr 11 2019
Dr Mahathir ketika berucap merasmikan Malaysia Autoshow 2019 di MAEPS hari ini. --fotoBERNAMA
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Perancangan industri automotif budayakan teknologi masa depan - Tun Mahathir
Pendekatan itu berasaskan teknologi tinggi, yang menumpukan kepada pelaburan strategik dalam pembangunan rantaian bekalan tempatan dan peluang-peluang perniagaan baharu yang bersifat inovatif.