awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancangan kehamilan tanggungjawab bersama, bukan wanita sahaja - Pakar

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
06/01/2025
08:10 MYT
Perancangan kehamilan tanggungjawab bersama, bukan wanita sahaja - Pakar
Dr Nurul (gambar kecil) berkata, perancangan keluarga juga membolehkan jarak kehamilan disesuaikan dengan keadaan semasa, yang dapat membantu menjaga kesihatan ibu dan anak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri seharusnya mengadakan perbincangan awal berkenaan perancangan kehamilan bagi memastikan kesejahteraan rumah tangga.
Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Pembantu Prof Dr Nurul Yaqin Mohd Nor, tanggungjawab merancang keluarga tidak wajar diletakkan di bahu wanita semata-mata, sebaliknya menjadi tanggungjawab bersama.
Bagaimanapun, ujarnya, bagi masyarakat Melayu Islam, konsep perancangan keluarga perlu dilaksanakan berlandaskan syariat Islam.
“Alat perancang keluarga yang tersedia di pasaran sangat pelbagai, tentunya kelebihan dan kekurangannya boleh dibincangkan.
“Namun, dari perspektif Islam, konsep perancangan keluarga bukanlah bertujuan menolak kehadiran anak sepenuhnya.
“Sebaliknya, Islam menggalakkan perancangan keluarga untuk memastikan kesihatan ibu berada dalam keadaan baik sebelum mengandung, terutamanya dalam dunia moden yang penuh risiko seperti penyakit dan komplikasi kehamilan,” jelasnya.
Ujarnya, perancangan keluarga juga membolehkan jarak kehamilan disesuaikan dengan keadaan semasa, yang dapat membantu menjaga kesihatan ibu dan anak.
Beliau turut mengulas perdebatan di platform X mengenai percanggahan pendapat antara sebahagian lelaki dan wanita berkenaan perancangan kehamilan dan prosedur vasektomi.
“Dalam Islam, prosedur yang dianggap haram adalah yang bersifat kekal.
“Walaupun ada kemungkinan untuk membalikkan kesannya, seperti vasektomi, proses tersebut melibatkan gangguan laluan biologi dan berpotensi menyebabkan kemandulan,” katanya.
Sebelum ini, seorang individu berkongsi di platform X, mendedahkan dia memilih untuk menjalani prosedur vasektomi kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesan sampingan suntikan perancang keluarga.
Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menjelaskan bahawa prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan dalam Islam.
Topic Berkaitan
#Perancangan kehamilan
#perancangan keluarga
#vasektomi
#isu tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan