PUTRAJAYA:Peperangan melawan pandemik COVID-19 masih belum tamat, malah kian sengit yang memerlukan kesepaduan rakyat dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menanganinya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata usaha KKM membendung penularan COVID-19 dalam negara tetap diteruskan dan kemudahan kesihatan awam dalam mendepani pandemik itu setakat ini masih boleh bertahan.
"Peperangan masih belum tamat dan semakin sengit. Kita perlu bersatu dan kesepaduan akan membezakan sama ada kita akan menangani COVID-19 dengan baik," katanya kepada media selepas majlis pelancaran buku mewah berjudul 'The Fight Against Uncertainty: Hospital Services Journey In Combating COVID-19', yang dilaksanakan secara maya, di sini hari ini.
Sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua rakyat Malaysia, Dr Noor Hisham sekali lagi mengingatkan masyarakat supaya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, sentiasa mencuci tangan dan elak tempat serta ruang sesak ketika berhimpun di ambang tahun baharu bersama keluarga.
"Kalau boleh jangan berhimpun, kalau terpaksa berhimpun pastikan dalam jumlah kurang 10 orang dan patuh SOP yang diketengahkan KKM," katanya pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon.
Dr Noor Hisham juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga KKM, petugas barisan hadapan serta petugas media yang bersama-sama KKM memerangi COVID-19 sepanjang 2020.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
"Tempoh setahun ini, peperangan itu adalah kelesuan mental dan fizikal untuk petugas KKM dan juga rakyat. Kita masih belum menang dan diharap 2021 kalau semua orang patuh SOP, insya-Allah kita boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam negara," katanya.
Mengulas mengenai buku berkenaan, Dr Noor Hisham berkata buku setebal 158 muka surat itu diterbitkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Perkhidmatan Hospital, Program Perubatan, yang memaparkan kompilasi penulisan ringkas dengan foto yang menarik tentang perjalanan peperangan petugas hadapan dalam memerangi COVID-19 pada 2020.
"Penerbitan buku itu amat bermakna kerana perjalanan peperangan petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19 sejak setahun lepas diterjemahkan dalam tulisan yang merupakan detik berharga untuk dikongsi serta diceritakan kepada generasi akan datang," katanya.
Sebanyak 350 buku dicetak melalui sumbangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan akan diedarkan kepada KKM, pengarah kesihatan negeri, kementerian dan agensi lain, universiti serta Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM).
Orang ramai yang berminat melihat buku mewah tersebut boleh melayari laman rasmi KKM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 31 2020
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merasmikan buku 'The Fight Against Uncertainty - Hospital Services Journey in Combating COVID-19' di Kementerian Kesihatan hari ini. - fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.