awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Palestin-Israel: Hospital di Gaza kritikal - WHO

Bernama
Bernama
13/10/2023
06:20 MYT
Perang Palestin-Israel: Hospital di Gaza kritikal - WHO
Malapetaka kemanusiaan mungkin sukar dielakkan jika bekalan bahan api dan bekalan ubat-ubatan, serta kemanusiaan tidak dapat dihantar dengan segera ke Semenanjung Gaza. - Gambar/ AP
ISTANBUL (Turkiye): Sistem kesihatan di Semenanjung Gaza kini berada "pada tahap yang kritikal," menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
"Masa semakin suntuk dan malapetaka kemanusiaan mungkin sukar dielakkan jika bekalan bahan api dan bekalan ubat-ubatan, serta kemanusiaan tidak dapat dihantar dengan segera ke Semenanjung Gaza ekoran sekatan.
"Setiap hari hospital hanya mempunyai bekalan elektrik untuk tempoh beberapa jam kerana terpaksa mencatu bekalan.
"Apabila kecederaan dan kematian terus meningkat akibat serangan udara yang berterusan di Semenanjung Gaza, kekurangan bekalan bertambah serius, membataskan kapasiti tindak balas hospital yang sudah terbeban merawat pesakit," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan agensi itu.
WHO bersedia untuk segera menghantar bekalan penting dan kesihatan asas melalui pusat logistiknya di Dubai dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memastikan bekalan itu dapat sampai ke Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#sistem kesihatan
#Hospital
#kritikal
#Perang Palestin-Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan