Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyeru orang ramai khususnya umat Islam supaya menggunakan media sosial sebagai platform membantu memerangi keganasan rejim Israel terhadap Palestin.
Yang Dipertuanya Dr Yusri Mohamad berkata menerusi medium itu, umat Islam dapat membentuk kesatuan yang mampu menyekat isu kezaliman daripada terus berlarutan terhadap penduduk Palestin.
"Kita sedia maklum isu berkaitan keganasan Israel terhadap Palestin sangat dekat di hati umat Islam dan memberi kesan yang cukup mendalam termasuk kepada rakyat kita. Bagaimanapun, akar umbi kepada perjuangan ini cukup berat kerana ia bukan membabitkan dua negara tetapi membabitkan kuasa besar dunia.
"Kita perlu melakukan semua yang mampu untuk menyumbang ke arah penyelesaian isu ini dan membantu saudara mara kita di negara itu walaupun dengan hanya meninggalkan komen atau menyebarkan berita berkaitan kekejaman itu secara terbuka di laman sosial, " katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Hari Terbuka NGO Islam Terengganu 2017 di sini, hari ini.
Program itu disertai lebih 50 Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk agensi kerajaan negeri dan Madrasah.
Yusri berkata kempen atau memboikot beberapa produk keluaran Israel tidak memadai sekiranya masyarakat tidak bersatu padu dan menyuarakan tentangnya secara meluas.
Beliau juga menyeru masyarakat agar bersama-sama menularkan dan membicarakan mengenai dasar melawan keganasan, memerangi pembiayaan keganasan serta kerjasama serantau dan antarabangsa dalam memerangi ancaman keganasan ini.
Pihak berkuasa Zionis menghalang umat Islam Islam Palestin memasuki Masjid Al-Aqsa sejak 14 Julai lepas menyebabkan mereka mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan berkenaan.
Bagaimanapun, tiga remaja Palestin maut dalam insiden itu.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2017
YUSRI: Kempen atau memboikot beberapa produk keluaran Israel tidak memadai sekiranya masyarakat tidak bersatu padu dan menyuarakan tentangnya secara meluas.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT
Rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim.
Boikot Coca-Cola, Pepsi tingkat saingan minuman soda tempatan di negara Islam
Kedua-duanya menghadapi cabaran daripada minuman soda tempatan di negara-negara tersebut kerana boikot pengguna.
Isyarat tsunami kepada FAM
Pekan berkata, peminat sudah muak dengan segala drama dan masalah dalam FAM yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.
BJFood dijangka berdepan kemerosotan pendapatan susulan boikot, persaingan sengit - Penganalisis
Berjaya Food Bhd (BJFood) dijangka menyaksikan penguncupan pendapatan pada tahun kewangan 2025 berikutan pemulihan jualan yang lembap disebabkan boikot yang berpanjangan dan persaingan sengit daripada
Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya
Perjuangan skuad bola sepak negara dalam saingan Pestabola Merdeka 2024 berkemungkinan besar tanpa dibarakan 'chant' Ultras Malaya.
Ultras boikot Pestabola Merdeka
KEJOHANAN Pestabola Merdeka yang akan berlangsung pada 4 September ini mendapat tamparan apabila beberapa ultras negeri bertindak memboikot kejohanan edisi ke-43 itu.
X saman pengiklan, dakwa boikot sebabkan pendapatan menjunam
Nasib platform ini semakin tenat dengan pendapatan pengiklanan menjunam 40% dalam tempoh enam bulan pertama berbanding tahun sebelumnya.
Pengundi India tidak boikot, survei tular hanya perang psikologi - Kumaresan
ADUN Batu Uban itu berkata ia hanya perang psikologi yang cuba dimainkan pembangkang bagi menakutkan pengundi minoriti itu.
Petisyen ‘Katakan Tidak kepada BlackRock’ raih lebih 8,000 sokongan
Kempen dilancarkan BDS Malaysia itu bertujuan mendesak kerajaan batalkan serta-merta rancangan menjual pegangan saham dalam MAHB kepada GIP.
Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan.