MALAYSIA
Perarakan akan berhenti di empat lokasi sentimental buat Karpal

Perarakan pengkebumian mendiang Karpal Singh
Empat kawasan itu adalah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pejabat Karpal di Green Hall, bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan St. Xavier's Institution (SXI).
Kereta membawa keranda Karpal akan menuju tempat membakar mayat di Batu Gantong dari sekolah tersebut.
Kereta membawa keranda Karpal akan bergerak meninggalkan rumahnya di Jalan Utama kira-kira pukul 8.15 pagi menuju ke Dewan Sri Pinang dimana beliau akan diberikan penghormatan negeri.
Perarakan itu akan melalui Jalan Utama, Jalan Macalister, Lebuhraya Peel, Jalan Perak, Jalan Burma, Jalan Pangkor, Jalan Sultan Ahmad Shah, Lebuh Farquhar and Lebuh Light sewaktu dalam perjalanan ke Dewan Sri Pinang.
Dalam laporan Bernama, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang mengetuai jawatankuasa pengebumian negeri bagi Karpal, berkata mereka yang ingin memberikan penghormatan terakhir boleh berbuat demikian dari 8.30 hingga 10.15 pagi di Dewan Sri Pinang.
"Kami anjakkan sedikit waktu daripada 9 pagi yang diputuskan semalam kepada 8.30 pagi agar orang awam mempunyai masa yang cukup untuk berbuat demikian," katanya kepada BERNAMA selepas memantau persiapan Majlis Penghormatan Negeri kepada mendiang Karpal Singh, di Dewan Seri Pinang di sini, Sabtu.
Dianggarkan 2,000 hingga 3,000 orang akan menghadiri upacara itu.
Mulai pukul 10.30 pagi, penghormatan terakhir akan dikhususkan kepada tetamu kehormat dan keluarga terdekat.
Mereka yang ingin memberikan penghormatan terakhir perlu berpakaian hitam dan putih dalam keadaan kemas dan kasual.
Karpal Singh terkorban dalam kemalangan jalan raya pada 1.10 pagi semalam membabitkan kenderaan MPV yang dinaikinya dan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Perak.
Pembantu peribadi beliau, Michael Cornelius, 39, turut maut dalam kemalangan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami