awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perarakan Chingay 2023 di Johor diadakan secara besar-besaran

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
22/01/2023
06:39 MYT
Perarakan Chingay 2023 di Johor diadakan secara besar-besaran
Onn Hafiz (tiga, kiri) menyampaikan kaligrafi Cina yang bermaksud Berkat kepada Presiden Persekutuan Tiong-Hua Johor Bahru, Ho Sow Tong (dua, kanan) pada Majlis Ramah Tamah sempena Tahun Baharu Cina di Wisma Tiong Hua hari ini. - Bernama
JOHOR BAHRU: Setelah dua tahun tidak dilaksanakan akibat pendemik COVID-19, Perarakan Chingay 2023 di Johor dijangka diadakan secara besar-besaran.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sebagai menunjukkan komitmen, Kerajaan negeri memperuntukkan RM200,000 kepada Persatuan Tiong Hua Johor bagi penganjuran festival tahunan itu.
Katanya, perpaduan sedia ada dalam masyarakat di negeri ini haruslah sentiasa dipupuk.
"Sekarang kita nak majukan Johor, kita perlu gembleng bersama semua pihak, kekuatan kita adalah perpaduan kerana saya percaya dengan perpaduan kita akan menjadi kuat.
"Kita bergerak sebagai satu keluarga, untuk tunjukkan komitmen itu, kerajaan negeri menyokong usaha yang dilakukan Persatuan Tiong Hua, ini termasuklah dengan penganjuran sambutan Chingay secara besar-besaran.
"Oleh itu, dengan suka cita saya umumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk majlis Chingay tahun ini diadakan secara besar-besaran," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Muhibah Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Tionghua Johor Bahru, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Presiden Persekutuan Tionghua Johor Bahru Ho Sow Tong serta barisan exco kerajaan negeri.
Sejak tahun 2020, perarakan Chingay hanya dibenar diadakan secara kecil-kecilan ekoran penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan seluruh dunia sehingga menyekat pergerakan rakyat dan menutup sempadan antarabangsa.
Sementara itu, seramai kira-kira 500 tetamu turut hadir dalam program yang dimeriahkan dengan persembahan pukulan gendang, tarian masyarakat Cina, seni kaligrafi, wushu selain tetamu turut berpeluang menggaul Yee Sang di meja makan masing-masing.
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#perarakan Chingay
#Johor
#kerajaan negeri
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan