KUCHING: Sungai Sarawak kembali dimeriahkan dengan limpahan cahaya neon berwarna-warni malam tadi, setelah sedekad acara perarakan kapal berhias tidak diadakan sempena sambutan 60 tahun Sarawak merdeka.
Sebanyak 20 kapal berhias dari pelbagai kementerian, agensi dan syarikat swasta menyertai perarakan yang berlangsung di sekitar Sungai Sarawak antaranya Tebingan Kuching, Pengkalan Sapi, jeti dan tebingan Kampung Boyan.
Seorang pengunjung Junaidah Mohd Nor, 54, dari Selangor, tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perarakan kapal berhias yang kali pertama disaksikannya setelah enam tahun menetap di Sarawak.
"Saya tinggal dan bekerja di Sarawak sudah enam tahun, jadi saya tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat acara yang 10 tahun tidak diadakan ini," katanya yang datang bersama suami dan anak-anak.
Sambutan bertemakan 'Sarawak Maju Makmur 2030' itu menarik kira-kira 10,000 pengunjung yang membanjiri kawasan sepanjang Tebingan Kuching bagi merakam detik indah acara kapal berhias dengan berlatarbelakangkan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Pengunjung dari Pontianak, Indonesia, Benozi Tamrin, 25, tidak menyangka percutian empat hari bersama 13 ahli keluarga ke bandar raya ini lebih bermakna apabila berkesempatan menonton perarakan gemilang itu.
"Kami sekeluarga dimaklumkan pihak imigresen bahawa ada acara besar di Kuching pada malam sewaktu hendak ke sini petang tadi jadi memang terujalah kerana suasananya berbeza dengan di Pontianak," katanya.
Acara berkenaan bermula 8.15 malam dengan ketibaan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan isteri Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang.
Mendahului perarakan di Sungai Sarawak itu, lapan penunggang jet ski dan bot Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), diikuti 25 perahu tambang iaitu pengangkutan air tradisional yang dikenali di sungai berkenaan dan 20 kapal berhias.
Antara kementerian dan syarikat yang mengambil bahagian untuk merebut gelaran juara kapal berhias termasuk Jabatan Premier Sarawak, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Kementerian Pelancongan serta Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Kementerian Inftrastruktur.
Kapal berhias milik syarikat Samling Timber Malaysia dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Perahu tambang melintasi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada perarakan Kapal Berhias sempena Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka di Tebingan Sungai Kuching malam tadi. - Foto BERNAMA
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Perarakan kapal berhias warnai sambutan 60 tahun Sarawak merdeka
Sungai Sarawak kembali dimeriahkan dengan limpahan cahaya neon berwarna-warni malam tadi, setelah sedekad acara perarakan kapal berhias tidak diadakan sempena sambutan 60 tahun Sarawak merdeka.