awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik, Wan Arif-Roy King mara ke pusingan kedua
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perarakan tanglung tertinggi di Menara KL cipta rekod MBOR

Bernama
Bernama
05/10/2025
21:30 MYT
Perarakan tanglung tertinggi di Menara KL cipta rekod MBOR
Lim Keng Cheng menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) daripada wakil daripada MBOR Menaga Vadamalai. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Program Perarakan Tanglung Pertengahan Musim Luruh Tertinggi di negara ini, anjuran Menara Kuala Lumpur (KL), mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya diadakan pada ketinggian 394 meter (m) dari aras laut, sekali gus mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn Bhd, Khairil Faizal Othman berkata, program itu bertujuan memperkenalkan lagi Pesta Kuih Bulan iaitu satu daripada perayaan kaum Cina kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
"Tujuan utamanya ialah untuk mengetengahkan bakat yang boleh menghiasi tanglung selain mewujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang perayaan yang mungkin masyarakat di negara ini terlepas pandang," katanya kepada Bernama selepas majlis sambutan acara itu di Sky Terrace, Menara KL, pada Ahad.
Lebih 150 peserta dan pengunjung yang hadir memeriahkan acara perarakan tanglung di ruang terbuka turut berpeluang mengabadikan kenangan di Sky Box.
Khairil Faizal berkata, penganjuran program itu juga seiring dengan usaha Menara KL melakukan persiapan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui pelbagai aktiviti berteraskan kebudayaan dan pelancongan.
Sebagai pengurusan baharu yang mengambil alih menara itu sejak April tahun ini, pihaknya berhasrat menjadikannya sebagai pusat penganjuran pelbagai program yang mampu menarik minat pelancong serta masyarakat tempatan.
Penganugerahan MBOR itu diserahkan oleh wakilnya, Menaga Vadamalai kepada Pengerusi Lim Seong Hai Capital Berhad (LSH Capital), Tan Sri Lim Keng Cheng.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menara Kuala Lumpur
#perarakan tanglung
#Malaysia Book of Records
#Tahun Melawat Malaysia 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan