Usaha Kementerian Pendidikan untuk mencapai peratusan pelajar jurusan sains yang tinggi masih belum terlaksana setakat ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin.
Beliau berkata, usaha Kementerian Pendidikan untuk memupuk bakal-bakal saintis, ahli matematik dan pakar teknologi bertaraf dunia memerlukan sokongan yang mantap dan berterusan daripada pelbagai pihak termasuk badan korporat dan pihak swasta.
"Petrosains Science Show Competition adalah sejajar dengan usaha dan matlamat kerajaan untuk meningkatkan minat dan tumpuan masyarakat umum terutamanya para pelajar terhadap bidang sains dan teknologi," katanya lagi.
Amin berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Petrosains Science Show Competition 2017 di sini pada Khamis.
Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan menjadi juara pertandingan itu yang menawarkan hadiah utama berupa lawatan dan perbelanjaan yang ditanggung ke Muzium Miraikan, Tokyo bernilai RM30,000.
Sekolah berkenaan yang diwakili dua pelajar iaitu pelajar lelaki Abdul Haziq Saharudin dan pelajar perempuan Amiera Athira Razali turut membawa pulang wang tunai RM10,000, piala, sijil dan barangan Petrosains.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rompin, Pahang memenangi tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM7,000, pingat, sijil dan barangan Petrosains.
'Petrosains Science Show Competition 2017' merupakan pertandingan yang merangsang kreativiti pelajar untuk berkomunikasi tentang sains khususnya dalam bentuk persembahan yang menghiburkan dan mengembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan warga yang membudayakan sains sebagai sebahagian daripada kehidupan.
Pertandingan ini berjaya menarik 1,800 penyertaan daripada sekolah menengah seluruh negara. Tahun ini merupakan tahun kesembilan penganjuran pertandingan tersebut.
Sebanyak 16 sekolah mewakili pelbagai negeri bertanding pada peringkat akhir pertandingan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2017
Usaha Kementerian Pendidikan untuk memupuk bakal-bakal saintis, ahli matematik dan pakar teknologi bertaraf dunia memerlukan sokongan yang mantap dan berterusan daripada pelbagai pihak. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
KPM tempatkan 13,749 guru baharu di seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah menempatkan seramai 13,749 guru baharu setakat tahun ini dalam usaha menyelesaikan isu kekurangan guru secara berperingkat dengan kerjasama SPP.
Kekurangan guru: KPM tawar 100 peratus kuota pengambilan kepada calon PSIMP
KPM melaksanakan pendekatan baharu bagi mengatasi isu kekurangan guru dengan menawarkan keseluruhan kuota pengambilan kepada calon program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP).
MPM bakal terbitkan buku braille kod klasifikasi pertama dunia
MPM melangkah lebih jauh apabila bakal melancarkan buku Braille IPC Kod Klasifikasi Atlet khas untuk atlet yang mempunyai masalah penglihatan.
Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.