KITA sering mengharapkan bahawa kita sentiasa ada faktor menarik yang boleh membawa kita kearah perpaduan nasional yang lebih utuh. Kita bermimpi agar ada satu perkara yang boleh buat kita berkongsi rasa, bersama-sama percaya bahawa adanya alasan untuk kita lebih bersatu padu.
Harapan itu, adalah untuk melihat sambutan perayaan kita disuntik dengan semangat kepelbagaian. Syawal yang kini menjelang penghujungnya secara jelas memperlihatkan bahawa perayaan kita kini tidak diserikan dengan perpaduan.
Situasi ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan sambutan perayaan pada ketika dahulu. Daripada
aspek sambutan sama ada di pasar-pasar penyediaan juadah perayaan, perang iklan televisyen, dan
sambutan perayaan itu sendiri , dahulu sambutan perayaan disuntik dengan elemen perpaduan.
Beli ayam untuk dibuat rendang juga sudah nampak multi etniknya. Tidak kurang juga meriahnya iklan
perayaan dahulu kala yang menampakkan majmuknya masyarakat Malaysia.
Pada perayaan kali ini, raya seakan sepi, seakan disambut sendiri-sendiri. Raya ialah medan untuk
masyarakat Melayu mempromosikan budaya kepada rakan berbeza agama dan budaya.
Raya ialah tempat dimana kita duduk pelbagai bangsa menikmati juadah bersama. Raya mengeratkan hubungan persaudaraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Kisah suram
Perayaan ini suram dengan kisah raya bersama tiga bangsa, suram dengan cerita perpaduan dalam perayaan. Adakah kita sudah tidak kisah akan semangat raya bersama, atau raya bersama hanya kerana kita berkongsi perayaan yang rapat tarikhnya sahaja?
Di zaman peranti mudah alih kini bagai cendawan yang tumbuh kita seharusnya dapat melihat lebih
banyak gambar perayaan yang pelbagai bangsa, malangnya perayaan kali ini suram tanpa kisah 3
bangsa. Adakah ini petanda bahawa semangat 1 Malaysia kini sudah semakin kritikal dan tidak lagi
didendangkan dalam perayaan kita ?
Sebenarnya kita sudah terlalu sibuk dengan pelbagai isu yang terlalu banyak. Sebelum syawal lagi, kita
sudah mendapat berita kurang enak yang melibatkan perpaduan. Pembatalan program berbuka puasa
anjuran gereja yang dibatalkan pada saat akhir telah membuat kita seakan takut untuk berprogram
bersama kaum lain.
Keterbukaan kita, sedikit demi sedikit sedang dikoyakkan. Kita semakin tidak berani untuk hidup bersama kerana takut dikecam oleh mereka yang gemar menggunakan alasan agama.
Selain itu, kita juga sibuk dengan pelbagai isu yang menjejaskan semangat raya kita. Kebanyakan berita
yang menjadi polemik pada masa kini hanyalah kebencian demi kebencian yang hanya membawa
kepada kehancuran.
Hatta daripada isu fitnah terhadap seorang ustazah daripada ibu bapa yang anaknya konon ditampar sehingga koma, hinggalah ke isu kehadiran artis antarabangsa Selena Gomez yang dikatakan mencemarkan negara Malaysia yang berpegang teguh pada prinsip Rukunegara ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’.
Kehadiran seorang artis juga dimanipulasi dengan bersungguh-sungguh seolah-olah ia sangat penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Isu remeh
Dalam semangat Syawal ini juga, kita tidak sibukkan diri kita dengan rumah terbuka, bermaaf-maafan
sesama kita, mengunjungi sahabat lama, beraya bersama kaum India dan Cina. Sebaliknya, para elitis
lebih gemar berfokus kepada isu yang remeh.
Misalnya isu aplikasi Pokemon Go yang sedang dibahaskan halal haramnya dalam Malaysia. Kita juga sedang berhadapan dengan isu kleptokrasi yang membangkitkan lagi beberapa isu lain yang membabitkan kebencian sesama kita. Maka hilanglah nikmat perayaan yang seharusnya diisi dengan gelak ketawa dan senyuman mesra.
Pada perayaan hari ini, berbaki kurang 10 hari, ayuhlah kita manfaatkan untuk mencari kembali
semangat perpaduan yang hilang dalam komuniti. Sebesar mana pun isu yang sedang kita hadapi,
seharusnya kita harus sama-sama menyedari bahawa dalam semangat Syawal ini, kita perlu sentiasa
hidup dalam keadaan harmoni.
Sebagai rakyat yang penuh semangat jati diri dan ingin hidup dalam keadaan harmoni, kita bertanggungjawab mempertahankan integrasi yang kita miliki. Perpaduan adalah semangat yang sentiasa perlu ada dalam diri kita. Semoga perayaan yang seterusnya akan menjadikan kita lebih berintegrasi daripada sebelum ini.
* Artikel ini ditulis oleh Eksekutif Yayasan 1Malaysia, Ishak Sairozi.
** Kenyataan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Astro Awani
Thu Jul 28 2016
Perpaduan adalah kekuatan rakyat Malaysia dan ia seharusnya dapat diteguhkan lagi setiap kali musim perayaan disambut. - Gambar hiasan
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
Dasar hubungan antara kaum berjaya hasilkan keharmonian di Kelantan
Zamakhshari Muhamad berkata dasar ini dilihat penting untuk memelihara perpaduan, adat resam dan kebajikan rakyat rentas kaum.
Suara ahli politik 'berbisa' boleh gugat perpaduan jika bertindak melulu - Penganalisis
Profesor Datuk Sivamurugan Pandian berpendapat, pemimpin politik menjadi watak utama dalam memastikan negara kekal aman kerana suara mereka cukup berpengaruh.
Elak timbul isu jejas keharmonian kaum di media sosial - Tiong
Sebagai anak Malaysia, kita perlu belajar menjaga keharmonian dan perpaduan kerana itu yang paling utama untuk negara kita.
Jaga keharmonian, berikan sumbangan kepada agama dan negara - Pemangku Raja Perlis
Baginda menekankan supaya setiap rakyat Perlis hendaklah berusaha mencapai keharmonian walaupun wujud kepelbagaian latar belakang.
Minggu Perpaduan 2024: Hayati prinsip faham, hormat & terima dalam memupuk keharmonian
Setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
#MZB365: Perpaduan dan keharmonian kaum perlu dipertahankan
Tindakan Ahmad Zaharil menunjukkan bahawa semangat perpaduan masih terus berkobar di hati rakyat Malaysia, dan bahawa keadilan tidak mengenal batasan etnik atau agama.
[KOLUMNIS] Jaga adab tutur kata pelihara keharmonian
Ramai antara kita yang telah melakukan perbuatan yang mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa itu sendiri.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Program Jejak Harmoni dianjur untuk eratkan hubungan penganut agama - Aaron
Program dokumentari harmoni dan lawatan ke rumah ibadat itu bertujuan menyemai semangat keharmonian di dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
Keganasan, ekstremisme perlu diberi perhatian - Idris
Peningkatan ancaman keganasan dan ekstremisme semakin membimbangkan dan boleh berlaku sepanjang masa secara sedar atau tidak sedar.