awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbadanan Labuan, media bina kerjasama strategik lebih kukuh

Bernama
Bernama
20/12/2022
09:31 MYT
Perbadanan Labuan, media bina kerjasama strategik lebih kukuh
Ketua Pegawai Eksekutif LC Rithuan Ismail berkata untuk lebih sedekad, hubungan badan itu dengan media kini semakin erat daripada penyebaran berita kepada khidmat masyarakat.- Foto BERNAMA
LABUAN: Perbadanan Labuan (LC) akan terus mengukuhkan hubungan dengan pengamal media dalam meningkatkan kesedaran tentang hala tuju pembangunan sosioekonomi pulau bebas cukai itu.
Ketua Pegawai Eksekutif LC Rithuan Ismail berkata untuk lebih sedekad, hubungan badan itu dengan media kini semakin erat daripada penyebaran berita kepada khidmat masyarakat.
"Memandangkan kedua-dua pihak berkongsi maklumat berintegriti ke arah kestabilan ekonomi, hala tuju kami untuk kemakmuran ekonomi dan pembangunan Labuan sangat saling berkait.
"Wartawan adalah ejen perubahan... anda boleh mengubah cara pemikiran dan persepsi orang ramai dan anda boleh membantu mendidik orang ramai untuk menjadi anggota masyarakat yang baik menerusi berita berintegriti," katanya ketika kunjungan Persatuan Penggiat Media Labuan di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata LC akan terus menambah baik perkhidmatan penyampaiannya kepada orang awam dan wartawan mestilah memberikan laporan yang seimbang mengenai usaha badan itu.
"Kita (LC dan media) perlu bekerjasama untuk menjana imej baik Labuan dan mempromosi potensi ekonomi pulau ini demi pembangunan dan pertumbuhan ekonominya," katanya.
Rithuan berkata Labuan perlu berhenti daripada terlalu bergantung pada import makanan dan bahan mentah daripada Sabah dan negeri-negeri lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan
#Perbadanan Labuan
#Persatuan Penggiat Media Labuan
#Media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan