awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbadanan Labuan tiada kena-mengena dengan pembatalan Octoberfest 2024

Bernama
Bernama
26/09/2024
15:30 MYT
Perbadanan Labuan tiada kena-mengena dengan pembatalan Octoberfest 2024
Perbadanan Labuan sentiasa menyokong perniagaan dan penganjur yang mempromosi acara yang mampu menarik kehadiran pengunjung selain merangsang ekonomi tempatan. - Foto: pl.gov.my
LABUAN: Perbadanan Labuan mengulangi komitmennya untuk memupuk persekitaran mesra perniagaan sekali gus menangkis dakwaan bahawa ia melaksanakan dasar sekatan yang tidak mesra pelaburan atau penganjuran acara.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail mengulas isu itu bagi menyangkal laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa sebaliknya.
"Kami sentiasa menentukan dasar yang kondusif kepada komuniti perniagaan dan bakal pelabur.
"Sejak Labuan menjadi Wilayah Persekutuan, matlamat kami adalah untuk menggalakkan aktiviti ekonomi termasuk acara yang dapat menarik pengunjung ke pulau ini dengan syarat mereka tidak menjejaskan keharmonian masyarakat," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau juga berkata Perbadanan Labuan sentiasa menyokong perniagaan dan penganjur yang mempromosi acara yang mampu menarik kehadiran pengunjung selain merangsang ekonomi tempatan.
Penganjur Octoberfest 2024 Arthur Kong pula berkata pembatalan acara itu tidak ada kena-mengena dengan dasar kerajaan mahupun sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Beliau berkata pembatalan itu adalah kerana penganjur utama di Semenanjung Malaysia tidak mendapat penajaan daripada syarikat yang biasa selain tiada tajaan untuk Kumpulan Oom-Pah, yang selalunya membuat persembahan pada Octoberfest.
"Tiada sekatan atau dasar tidak mesra perniagaan dikenakan kepada kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perbadanan Labuan
#pembatalan
#Octoberfest
#penajaan
#penganjur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan