awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbahasan ucapan dasar Presiden disambung

Bernama
Bernama
30/11/2012
03:27 MYT
Perbahasan ucapan dasar Presiden disambung
Perhimpunan Agung Umno 2012 yang masuk hari kedua hari ini diteruskan sambungan sesi perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lapan pembahas dijadual membentangkan hujah masing-masing termasuk wakil Puteri dan Kelab Umno Luar Negara.
Sesi perbahasan akan disusuli dengan pembentangan usul ekonomi serta agama dan pendidikan. Dua usul ini akan dibahaskan oleh 28 wakil negeri-negeri dan pergerakan.
Sesi perbahasan pada perhimpunan agung kali ini, yang merupakan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, didominasi kata-kata dorongan dan semangat untuk seluruh jentera Umno berdepan ujian getir pilihan raya yang bakal menentukan kelangsungan parti terbesar Melayu ini.
Rata-rata pembahas semalam memperkukuh ikrar taat setia kepada parti dan berazam tidak akan menggadai maruah parti demi kehendak peribadi, selain mengasak pihak lawan, khususnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurut mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menjual negara demi mencapai cita-cita ke Putrajaya.
Perhimpunan ini bermula dengan perasmian serentak persidangan tiga sayap Umno iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno, pada Selasa malam.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 itu semalam.
Topic Berkaitan
#Kelab UMNO
#perbahasan
#Perhimpunan Agung Umno 2012
#PWTC
#ucapan dasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan