awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbanyak kawasan riadah, elak masalah mental remaja PPR

Sinar Harian
Sinar Harian
12/11/2023
14:43 MYT
Perbanyak kawasan riadah, elak masalah mental remaja PPR
Lee Lam Thye berkata, ruang terbuka untuk aktiviti fizikal dan riadah perlu disediakan bagi melepaskan tekanan serta keresahan demi kesejahteraan mental yang lebih baik. - Gambar Sinar Harian
SHAH ALAM: Pihak pemaju Projek Perumahan Rakyat (PPR) disarankan untuk memperbanyak kawasan riadah bagi melepaskan tekanan dan mengelak masalah mental dalam kalangan kanak-kanak serta remaja daripada terus berpanjangan.
Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ruang terbuka untuk aktiviti fizikal dan riadah perlu disediakan bagi melepaskan tekanan serta keresahan demi kesejahteraan mental yang lebih baik.
Menurutnya, setiap pihak yang terlibat dalam projek pembinaan perumahan B40 perlu mengambil kira isu kesihatan dalam kehidupan masyarakat.
“Pembangunan PPR seluas 600 hingga 800 per segi cukup sempit untuk melepaskan lelah kehidupan masyarakat miskin bandar.
“Ruang terbuka untuk aktiviti fizikal dan riadah perlu disediakan supaya dapat mengelak masalah gangguan mental,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada 18 Mac lalu, kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendapati lebih 12.3 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 17 tahun yang mendiami PPR di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung untuk membunuh diri.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, kajian dilaksanakan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan dijalankan ke atas 1,578 kanak-kanak dan remaja di 37 PPR sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, golongan kanak-kanak dan remaja tidak mempunyai keupayaan yang kukuh dalam menghadapi masalah mental.
Ujarnya, pembangunan mental penghuni PPR penting bagi memastikan golongan tersebut dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
“Remaja dan kanak-kanak masih belum mempunyai keupayaan menangani masalah mental dan memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk membantu mereka menjalani kaunseling.
“Oleh itu, semua pihak perlu memastikan golongan ini dapat membesar dan menjalani kehidupan yang sejahtera sehingga meningkat dewasa,” jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kawasan riadah
#masalah mental
#mempunyai keupayaan
#melepaskan tekanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan