KUALA LUMPUR: Situasi pandemik yang tidak menentu dengan kes jangkitan harian yang masih lagi tinggi iaitu sekitar 4,000 ke 5,000 kes setiap hari, cukup membimbangkan walaupun sudah tiga minggu sekatan pergerakan penuh dilaksanakan di seluruh negara.
Usaha memastikan fasiliti kesihatan negara mencukupi bagi menampung pesakit COVID-19, penambahan lebih banyak hospital COVID-19 serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) terpaksa dilakukan untuk memenuhi keperluan kesihatan awam.
Bagi memenuhi keperluan sama ada hospital COVID-19 atau membuka PKRC, satu perkara yang tidak boleh dipandang enteng sebelum membenarkan rawatan ke atas pesakit COVID-19, adalah aspek pengudaraan di bilik/ wad atau dewan yang digunakan.
Ini kerana, bawaan udara atau airborne telah dikenal pasti berisiko sebagai pengantara penyebaran virus SARS-CoV-2, sekiranya sistem pengudaraan dalam bilik/wad rawatan COVID-19 tidak mengikut spesifikasi serta penyelenggaraan yang baik.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan sebelum ini, bangunan tertutup yang mempunyai pengudaraan tidak baik boleh berisiko merebaknya COVID-19 berbanding luar bangunan.
Keadaan ini berlaku kerana virus COVID-19 mampu terampai di udara selama lapan jam dan boleh tersebar sejauh dua meter malah melangkaui sehingga enam meter sepertimana dapatan kajian pakar udara daripada universiti tempatan baru-baru ini.
Virus SARS-CoV-2 yang melekat pada permukaan zarahan halus boleh disebarkan melalui udara dan sekiranya langkah pecegahan tidak dilakukan boleh memberi risiko penularan virus kepada pesakit serta kakitangan hospital di wad yang bukan pesakit COVID-19, menurut pakar udara dan Pensyarah Kanan Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir.
Ia bukan sahaja akan mengganggu operasi hospital yang terpaksa menutup wad berkenaan bagi tujuan dekontaminasi, malah menyulitkan pesakit di wad tersebut apabila terpaksa menjalani isolasi dan kontak rapat pula perlu menjalani ujian saringan dan kuarantin.
"Justeru, garis panduan pengudaraan dalam bangunan fasiliti kesihatan seperti yang dikeluarkan WHO sangat penting untuk diaplikasikan di mana-mana hospital atau PKRC yang merawat pesakit COVID-19 bagi memastikan penyebaran melalui udara tidak memberi kesan mudarat kepada pesakit lain mahupun petugas kesihatan," katanya kepada Bernama.
Jelas beliau, ruangan tertutup serta operasi penghawa dingin yang mengitar semula udara akan memudahkan penyebaran virus dalam udara melalui aerosol.
WHO mengeluarkan satu rujukan bertajuk, Roadmap To Improve And Ensure Good Indoor Ventilation In The Context Of COVID-19 yang dikhususkan kepada tiga jenis bangunan iaitu fasiliti kesihatan, kediaman dan bukan kediaman.
Mengulas perkara tersebut, Pakar Kualiti Udara Dalaman, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Nor Mohd Razif Noraini menyatakan sistem pengudaraan khas yang bersamaan dengan wad isolasi perlu untuk ruang di hospital bagi mengendalikan wad penyakit berjangkit seperti COVID-19.
Walau bagaimanapun, untuk ruang dan wad biasa yang ditukarkan kepada wad penyakit berjangkit seperti wad COVID-19, langkah-langkah menyediakan dan menambah baik sistem pengudaraan sedia ada perlu dilakukan bagi memudahkan aliran keluar bahan cemar, seperti bakteria dan virus.
"Ini akan mengurangkan risiko penyebaran seperti bakteria dan virus, antaranya dengan mewujudkan perbezaan tekanan (tekanan negatif) dalam kawasan wad tersebut.
"Langkah lain yang boleh dipraktiskan seperti mewujudkan ruang isolasi sementara dengan menggunakan pembahagi di dalam kawasan wad yang besar agar dapat membantu aliran bahan cemar dengan baik," katanya.
Penggunaan teknologi seperti penghapusan dan penapisan udara tercemar juga dapat mengurangkan virus tersebut terampai di udara di dalam kawasan berkenaan.
Ini kerana, kebanyakan hospital sedia ada di Malaysia direka dan dibina berdasarkan keperluan semasa terhadap tahap kesihatan dan populasi rakyat.
"Bila situasi pandemik berlaku, ruang isolasi seperti wad isolasi yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik sangat diperlukan dan jumlahnya sedikit di semua hospital di Malaysia," jelasnya.
Justeru, bagi menyediakan kemudahan isolasi ini pada masa akan datang, langkah mereka bentuk, membina dan menambah baik hospital baharu serta sedia ada dengan jumlah wad isolasi yang lebih banyak berbanding wad biasa, perlu dilakukan.
Selain itu, langkah menyediakan wad biasa kepada wad isolasi sementara yang boleh dipraktiskan dengan membuat penetapan awal wad-wad dan ruang hospital yang sedia ada dengan sistem pengudaraan boleh ubah.
"Penggunaan ruang lain seperti PKRC juga perlu mengadaptasikan sistem isolasi sementara untuk pengudaraan yang baik.
"Antaranya, dengan menggunakan 'exhaust fan' dan lain-lain teknik pengudaraan seperti kelengkapan pengalihudaraan eksos setempat (LEV)," katanya.
Daripada pemerhatian yang dibuat katanya, langkah-langkah yang dinyatakan telah dipraktiskan untuk wad-wad bagi rawatan COVID-19. Walau bagaimanapun, sejauh mana langkah tersebut mengikut spesifikasi yang dicadangkan dan keberkesanannya, masih lagi tidak diketahui.
Ini berikutan, tidak ada mana-mana badan mahupun individu profesional yang mengesahkannya selain tiada garis panduan atau polisi sementara di Malaysia yang berkaitan dengan pengudaraan berkesan untuk ruang isolasi semasa pandemik, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) merupakan yang pertama di Johor dijadikan PKRC COVID-19. - Gambar fail BERNAMA
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
244 kes baharu COVID-19, tiada kematian
Daripada jumlah itu, 95.5 peratus atau 10,008 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di PKRC.
COVID-19: 383 kes baharu, lapan kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Isnin juga turun sedikit kepada 11,414 kes.
COVID-19: 509 kes baharu, satu kematian direkodkan
Kes aktif pada Sabtu juga turun kepada 12,002 kes.
COVID-19: 902 kes baharu, enam kematian dicatat
Daripada jumlah itu, tiga kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
COVID-19: 1,672 kes baharu, 10 kematian dicatat
Negara juga mencatatkan 2,722 kes sembuh.
COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian
Sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah.
COVID-19: 2,256 kes baharu, empat kematian
Sejumlah 47 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
COVID-19: 3,045 kes baharu, lima kematian
Jumlah kes jangkitan harian baharu kini mencecah 4.735 juta.
3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.
COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Bilangan kes baharu COVID-19 meningkat 0.8 peratus kepada 28,554 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME 31/2022) dari 31 Julai hingga 6 Ogos, meliputi 28,499 kes tempatan dan 55 kes import.