JANGKITAN baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes pada Isnin untuk dua hari berturut-turut.

Semalam, jumlah kes turun kepada 383, berbanding 405 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.

Portal KKMNOW turut memaklumkan lapan kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Isnin juga turun sedikit kepada 11,414 kes.

Daripada jumlah itu, 10,779 kes atau 94.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin PKRC, manakala 607 pesakit mendapatkan rawatan di hospital.

Seramai 28 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 11 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 355 kes sembuh.