JANGKITAN baharu COVID-19 dalam negara kekal di bawah 1,000 kes untuk dua minggu berturut-turut.

Semalam, jumlah kes turun kepada 509 berbanding 583 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.

Portal KKMNOW turut memaklumkan satu kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19.

Sementara itu, kes aktif pada Sabtu juga terus turun kepada 12,002 kes.

Daripada jumlah itu, 11,349 kes atau 94.6 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin PKRC, manakala 620 pesakit mendapat rawatan di hospital.

Seramai 18 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 15 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 833 kes sembuh.