KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima dua keping cek, masing-masing bernilai RM1 juta dan RM5 juta, daripada Pengarah Datasonic Group Bhd (DGB) Chew Ben Ben sekitar April 2017.
Saksi pendakwaan ke-91 Mohd Hizar Farhan Abdul Razi berkata, siasatannya mendapati kedua-dua cek berkenaan diserahkan Chew kepada Ahmad Zahid di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Seri Satria, Putrajaya.
Jelas Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu lagi, kedua-dua cek berkenaan telah ditandatangani seorang lagi Pengarah DGB, Datuk Abu Hanifah Noordin, dan wang berkenaan datang dari satu lagi syarikat milik beliau, Sarana Kencana Sdn Bhd,
Berdasarkan carian di pangkalan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Hizar Farhan berkata, Abu Hanifah pernah menjadi pemegang saham terbesar untuk kedua-dua syarikat berkenaan, iaitu DGB dan SKSB.
“DGB merupakan sebuah syarikat induk yang mana di bawahnya ada beberapa anak syarikat antaranya syarikat Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB).
“DTSB merupakan syarikat yang telah dianugerahkan onktrak pembekalan cip pasport untuk tempoh selama lima tahun atau untuk jumlah 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate pasport antarabangsa Malaysia daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya sewaktu perbicaraan.
Selain itu, Mohd Hizar Farhan turut memaklumkan mahkamah bahawa beliau telah meneliti beberapa kandungan surat berhubung penglibatan DGB melalui DTSB dalam projek pembekalan cip pasport.
Antara kandungan surat yang beliau teliti, surat DTSB bertarikh 26 Mei, 2014, memohon pertimbangan Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak berhubungkait tender berkenan; surat DTSB bertarikh 7 Oktober, 2014 kepada Ketua Setiausaha KDN untuk memohon pertimbangan Ahmad Zahid; serta surat DTSB bertarikh 9 Oktober, 2014, juga kepada Ahmad Zahid untuk memohon mendapat surat setuju terima (STT).
Berdasarkan siasatan terhadap surat-surat rasmi berkenaan, Mohd Hizar Farhan berkata, beliau mendapati terdapat bukti jelas Ahmad Zahid dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri telah menerima dua keping cek berjumlah RM6 juta.
Tambahnya lagi, bukti siasatan menjurus ke arah wang berkenaan sebagai upah dalam memainkan peranan mengarahkan proses kelulusan permohonan DTSB untuk membekalkan cip pasport tersebut disegerakan sehingga DTSB dilantik sebagai kontraktor pembekalan.
Terdahulu, perbicaraan kes rasuah dan penyelewengan dana melibatkan Ahmad Zahid, bersambung hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.
BACA: Mahkamah minta bukti Zahid Hamidi hadir mesyuarat UMNO di Janda Baik, kebenaran rentas negeri
Ia bersambung semula selepas Hakim bersetuju menangguhkan perbicaraan pada 22 Februari lepas, susulan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mempunyai kontak rapat dengan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Johan Abdul Aziz yang disahkan positif COVID-19.
Kedua-dua mereka berada dalam bilik yang sama di pusat ILMU, Janda Baik, sewaktu Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tiga hari sebelumnya, iaitu pada 19 Februari 2021.
Untuk rekod, ini merupakan penangguhan kali ke-15 sejak perbicaraan bermula pada November 2019.
Sebagai imbasan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, berdepan dengan 47 pertuduhan meliputi 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Dakwaan menerima RM6 juta dari Abu Hanifah merupakan pertuduhan ke 14, dan ke 15 daripada keseluruhan 47 pertuduhan.
Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwaraya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Gan Peng Kun,, manakala pembelaan diketuai peguam Hisham Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh.
Firdaus Azil
Thu Mar 04 2021

Kedua-dua cek berkenaan diserahkan Pengarah DTSB Chew Ben Ben kepada Ahmad Zahid di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Putrajaya. - Bernama

WHO cadang masuk ubat obesiti sebagai ubatan penting
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan ubat obesiti dimasukkan dalam senarai ubat-ubatan penting yang bakal digunakan sebagai panduan pembelian bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana.

PBB laksana undian bawa isu iklim ke mahkamah dunia
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan proses undian bagi menentukan keputusan untuk membawa isu perubahan iklim ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menentukan kewajipan yang seharusnya dilaksanakan oleh setiap negara dalam memerangi perubahan iklim.

Bazar Ramadan Rahmah: Ada peniaga dapat sambutan, ada juga yang berdepan kerugian
Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Presint 14, Putrajaya mendapat sambutan mengalakkan daripada pengunjung sejak dilancarkan beberapa hari lalu.Tinjauan Astro AWANI mendapati hampir 48 peratus daripada peniagaan di BRR Presint 14 memperkenalkan harga Menu Rahmah disamping menu dengan harga pasaran.

Bakhmut bakal 'dijual' sekiranya ditakluk Rusia - Zelenskyy
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy meluahkan kebimbangan sekiranya Rusia berjaya menakluk wilayah timurnya di Bakhmut. Kedua-dua negara itu pada ketika ini masih dalam pertempuran yang berlarutan di wilayah tersebut, dengan pasukan pertahanan kedua-dua negara tidak mahu menyerah kalah.

Azerbaijan cari 'dalang' serangan terhadap ahli politiknya
Khidmat keselamatan Azerbaijan berjanji akan menyiasat dan mencari dalang kepada kejadian tembakan yang mencederakan ahli politik negara itu.

Sektor pembuatan Rusia kekal lembap
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, sektor pembuatan negara itu masih lembap dan menjangkakan inflasi pada kadar peratus menjelang akhir bulan.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN
Keputusan Barisan Nasional (BN) menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

MMA tidak setuju mogok doktok kontrak
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Muruga Raj Rajathurai menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan cepat bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh doktor kontrak di negara ini. Beliau juga menasihatkan doktor kontrak untuk tidak melancarkan mogok kerana ia akan memberi kesan kepada penjagaan pesakit dan menambah beban rakan sekerja di fasiliti kesihatan awam yang sudah sesak.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat KM baharu
Politik Melaka bakal menyaksi pertukaran kepimpinan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rakyat Melaka tunggu urus tadbir lebih baik
Rakyat Melaka menantikan urus tadbir baharu yang memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan termasuk agenda merakyatkan kepimpinan terbaharu selepas ini. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan ini bukan lagi masa sesuai untuk bercakap mengenai soal jawatan atau kedudukan tetapi bagaimana meningkatkan taraf kebajikan penduduk Melaka.

Ahli Dewan Rakyat perlu jalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali - TPM
Semua ahli Dewan Rakyat sama ada daripada kerajaan mahu pun pembangkang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali bermula pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang Mei ini.

Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Isu calon MB UMNO hanya pandangan peribadi Khalid - Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu hanya akan dibincangkan dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Kes kematian akibat denggi meningkat 400 peratus berbanding tahun lepas - Zahid Hamidi
Peningkatan itu membabitkan 17 kes kematian, berbanding hanya empat kes bagi tempoh sama pada tahun 2022.

UMNO nafi keluar surat, Rais sah Ketua Bahagian Tangga Batu
Ahmad Zahid mengesahkan keabsahan Rais sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang dipilih dalam pemilihan baru-baru ini.

Peroleh pasport kekal: Saya hargai keputusan mahkamah - Zahid
Ahmad Zahid menghargai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan pasport antarabangsa dan diplomatik diperoleh beliau secara kekal.

Melaka mungkin bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Melaka mungkin akan menyaksikan pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid
Malaysia dan Turkiye terbuka untuk meneroka peluang kerjasama baharu dalam bidang industri aeroangkasa, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Shahidan 'cadang' pasport Rosmah turut dipulangkan seperti Zahid Hamidi
Secara menyindir, beliau mendakwa keputusan yang dibuat mahkamah terhadap Ahmad Zahid adalah keputusan hebat.

Ahmad Zahid berjaya peroleh pasport secara kekal
Ahmad Zahid berjya mendapatkan semula pasport antarabangsa dan diplomatiknya secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi sebagai TPM.