awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan kes Avitan Shalom ditangguh sekali lagi

Bernama
Bernama
07/01/2025
07:26 MYT
Perbicaraan kes Avitan Shalom ditangguh sekali lagi
Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan kes itu selama 12 hari bermula 6 sehingga 9 Jan, 13 hingga 16 Jan, serta 20 hingga 23 Jan. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes seorang lelaki warga Israel, Avitan Shalom atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api di Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditangguhkan sekali lagi ke Isnin depan (13 Jan), kerana masih gagal mendapatkan perkhidmatan jurubahasa Ibrani (Hebrew).
Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan tarikh baharu itu selepas peguam Datuk Naran Singh, yang mewakili Avitan, memaklumkan bahawa anak guamnya memerlukan jurubahasa Ibrani sepanjang perbicaraan kes tersebut.
"Adalah hak tertuduh untuk diberikan tafsiran dalam bahasa yang difahaminya. Mahkamah akan memberikan satu lagi peluang untuk mencari jurubahasa Ibrani. Oleh itu, kes ini akan ditangguhkan ke Isnin depan (13 Jan)," kata Norina.
Terdahulu, Norina menegur Avitan kerana meminta jurubahasa Ibrani di saat akhir perbicaraan, memandangkan perkara itu tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.
"Perbicaraan ini telah berlangsung hampir sembilan bulan dan anda diwakili peguam, namun isu jurubahasa tidak pernah dibawa ke perhatian mahkamah semasa pengurusan kes," kata beliau.
"Isu permintaan anda untuk jurubahasa baharu hanya dibawa ke perhatian mahkamah pada saat-saat akhir, iaitu pada hari pertama perbicaraan (semalam), yang sepatutnya dimulakan," kata hakim
Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan kes itu selama 12 hari bermula 6 sehingga 9 Jan, 13 hingga 16 Jan, serta 20 hingga 23 Jan.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Avitan didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd mengandungi 150 butir peluru dan 42 butir peluru di dalam tiga senjata berlainan tanpa lesen atau permit senjata.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini antara 6.46 petang pada 26 Mac dan 6 petang pada 28 Mac tahun lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Avitan Shalom
#lelaki warga israel
#Shell Shock NAS3
#Seksyen 8 a Akta Senjata 1960
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan