awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan kes sivil Aminulrasyid ditangguh ke 9 Mac

Haider Yutim
Haider Yutim
25/02/2015
07:48 MYT
Perbicaraan kes sivil Aminulrasyid ditangguh ke 9 Mac
Menurut peguam, perbicaraan kes Aminulrashid (gambar) hanya akan berlangsung jika rundingan bagi penyelesaian kes tersebut gagal dilakukan sebelum tarikh itu. - Gambar Fail
Perbicaraan saman sivil remaja Aminulrasyid Amzah yang sepatutnya berlangsung hari ini telah ditunda ke 9 Mac 2015, berikutan penyelesaian masih dalam proses.
Bagaimanapun menurut peguam keluarga, Michelle Yesudas, perbicaraan itu hanya akan berlangsung jika rundingan bagi penyelesaian kes tersebut gagal dilakukan sebelum tarikh itu.
“Jadi tarikh seterusnya untuk perbicaraan ialah 9 Mac jam 2.30 petang dan waktu itu merupakan tarikh akhir untuk penyelesaian.
“Jika masih belum ada penyelesaian, kita akan teruskan perbicaraan,” kata Michelle kepada Astro AWANI.
Katanya, hakim sebelum ini telah meminta kedua-dua pihak berunding bagi mencari penyelesaian terhadap kes ini.
Pada Januari lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menangguhkan untuk mendengar saman sivil terhadap polis dan kerajaan yang dikemukakan keluarga seorang remaja yang ditembak mati oleh seorang anggota polis lima tahun lepas.

 Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan menangguhkan perbicaraan kes itu kepada 25 dan 26 Februari.


Pihak Plaintif mendakwa kematian Aminulrasyid berpunca daripada kecuaian Koperal Jenain Subi.


Keluarga itu mendakwa polis tidak mempunyai alasan wajar untuk menembak pelajar berusia 15 tahun itu ketika mengejarnya pada awal pagi 26 April 2010.


Pada November 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Ketika membebaskan Jenain pada 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Jenain tidak berniat menyebabkan kematian Aminulrasyid, tetapi menembak kereta yang dipandu remaja itu dengan tujuan menghentikannya.
Topic Berkaitan
#Aminulrasyid
#Mahkamah Tinggi
#Michelle Yesudas
#saman sivil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan