awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan SRC: Pihak pendakwa mohon tarikh perbicaraan kes 1MDB diambil alih SRC

Isabelle Leong, Firdaus Azil
Isabelle Leong, Firdaus Azil
29/04/2019
03:28 MYT
Perbicaraan SRC: Pihak pendakwa mohon tarikh perbicaraan kes 1MDB diambil alih SRC
Ketua pasukan pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mahu perbicaraan 1MDB diadakan pada September depan dan memohon agar hari Jumaat dikosongkan. - Gambar fail Astro AWANI
Pihak pendakwaan memohon agar tarikh perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak yang membabitkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 14 Mei ini diambil alih oleh perbicaraan berhubung SRC International.
Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pihaknya bersedia untuk membuat permohonan tersebut dengan Hakim Collin Lawrence Sequerah yang sebelum ini menetapkan tarikh sebutan semula kes 1MDB yang melibatkan bekas Perdana Menteri itu.
“Jika perkara ini dipersetujui oleh Hakim Mohd Nazlan, pihak saya bersedia untuk membuat permohonan ini dengan Hakim Sequerah.
“Saya akan bertemu dengan beliau Selasa ini dan saya juga akan menulis permohonan ini,” kata Thomas sewaktu prosiding SRC International yang memasuki hari kesepuluh.
Namun, ketua pasukan pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya mahu perbicaraan 1MDB diadakan pada September depan dan memohon agar hari Jumaat dikosongkan.
“Kami boleh mengambil alih tarikh tersebut tetapi Hakim Sequerah berminat supaya kes ini diteruskan pada tarih yang ditetapkan.
“Saya yakin mahkamah ini dapat menyelesaikan perkara ini dengan hakim lain,” kata Muhammad Shafee pada Isnin.
Hakim Mohd Nazlan berkata, beliau tiada isu untuk memindahkan tarikh kes lain ke tarikh yang berbeza kerana kes ini merupakan kepentingan awam, namun ia merupakan keputusan Hakim Sequerah.
“Saya bersedia memindahkan tarikh telah ditetapkan pada Julai ini untuk kes perbicaraan International Petroleum Investment Cooperation (IPIC),” katanya lagi.
BACA: Hakim tolak pemohonan Najib batal tujuh pertuduhan SRC International
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Najib Razak
#Peguam Negara
#SRC International
#Tommy Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan