Saksi ke-41 kes perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Afidah Azwan Abdul memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau telah ditekan oleh pegawai atasannya.
Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan itu, beliau dikehendaki mempercepatkan proses permohonan SRC International untuk mendapatkan jaminan kerajaan terhadap pinjaman RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011.
Perkara itu didedahkan ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Afidah menyifatkan beliau bekerja “under duress”, yang mana pegawai atasannya ketika itu ialah Maliami Ahmad.
Maliami merupakan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan ketika itu.
Gesaan itu memerlukan beliau antaranya menyediakan satu memo dan Memorandum Jemaah Menteri (MJM).
Shafee kemudian bertanya sama ada Afidah memahami maksud perkataan “duress” bagi memastikan saksi ke-41 itu benar-benar faham istilah tersebut.
“Secara pandangan saya (duress) adalah tekanan yang menyalahi prosedur (atau undang-undang). Adakah itu maksud Puan (Afidah)?,” soal Shafee yang kemudian diakui oleh saksi ke-41 itu.
Afidah juga berkata, beliau tidak mencatatkan sebarang rungutan berkenaan perkara itu di dalam minit mesyuarat.
Ini kerana, beliau menggambarkan bahawa rungutan telah pun dibuat beberapa kali namun tidak diambil serius oleh pegawai atasannya itu.
Dalam prosiding perbicaraan pada Rabu, Afidah memberitahu, surat jaminan kerajaan dikemukakan kepada KWAP bagi pinjaman kedua SRC International berjumlah RM2 bilion diluluskan Kementerian Kewangan hanya dalam tempoh 24 jam.
Katanya, surat jaminan itu dikemukakan SRC kepada Kementerian Kewangan pada 2 Februari 2012 untuk dibincangkan bagi keperluan segera ia diluluskan.
Pemeriksaan balas terhadap saksi ke-41 itu dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Hasimi Muhamad
Thu Jun 20 2019
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak kini sedang didakwa atas tuduhan penggubahan wang haram dan pecah amanah. - Gambar fail BERNAMA
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
Dua rakan dipenjara seumur hidup edar methamphetamine
Dua rakan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah mengedar 305.1 gram dadah jenis methamphetamine.
Saksi pesan pada Mazlina, tidak guna cek Yayasan Akalbudi untuk bil Zahid
Saksi memberitahu mahkamah bahawa setiap kali menerima penyata kad kredit Ahmad Zahid, beliau akan meneliti sama ada akan melunaskannya menggunakan cek peribadi atau milik Yayasan Akalbudi.
Mahkamah perintah Zuraida Kamaruddin bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida diperintah bayar RM10 juta kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.
Isu rayuan penggunaan kalimah Allah: Ini kronologi dan fakta yang perlu anda tahu
Menurut Saifuddin, tindakan itu diambil disebabkan berlaku percanggahan arahan pentadbiran KDN dan kabinet pada tahun 1986.
Syed Saddiq bela diri hari ini
Beliau akan memberi keterangan bagi menjawab pertuduhan yang dikenakan terhadapnya termasuk subahat dan pecah amanah.
Kes dadah: Bebas atau bela diri, nasib Ismahalil diketahui 27 Feb
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada Ismahalil akan dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap pertuduhan tersebut.
Ini bukan pengakhiran, saya tidak akan lari - Syed Saddiq
Presiden MUDA itu memberi jaminan beliau tidak akan melarikan diri daripada sistem kehakiman negara.
Wanita peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap bekas suami
Loh Siew Hong memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas suaminya Muhammad Nagahswaran Muniandy.
1MDB: Najib tidak pernah fail saman terhadap AmBank - Saksi
Najib juga tidak pernah membangkitkan atau mengadu berkaitan transaksi akaun banknya.
Najib hadir perbicaraan 1MDB
Bekas Perdana Menteri itu dijadual menghadapi perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.