awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes lima sekeluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram dipindah ke Mahkamah Tinggi KL

Bernama
Bernama
24/09/2024
06:42 MYT
Kes lima sekeluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram dipindah ke Mahkamah Tinggi KL
Lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei lepas berdepan dengan sembilan pertuduhan berasingan berkaitan keganasan. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memindahkan kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei lepas yang berdepan dengan sembilan pertuduhan berasingan berkaitan keganasan, ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hakim Rasidah Roslee memindahkan kes itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan.
Kelima-lima mereka terdiri daripada bapa penyerang berkenaan Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62; ibunya Rosna Jantan, 59; dan tiga adik-beradiknya Radin Romyullah Radin Imran, 34; Farhah Sobrina Radin Imran, 23; dan Mariah Radin Imran, 19.
Mahkamah memerintahkan Radin Imran dan Radin Romyullah ditempatkan di Penjara Sungai Buloh, manakala Rosna dan Farhah Sobrina ditempatkan di Penjara Kajang yang masing-masing di Selangor.
Bagi Mariah pula, mahkamah memerintahkan remaja itu ditempatkan di Hospital Permai di sini selama sebulan, bagi menjalani pemeriksaan kesihatan mental.
Kesemua tertuduh diwakili peguam Faizal Rahman.
Pada 19 Jun, mereka didakwa di mahkamah sama atas sembilan pertuduhan berasingan termasuk menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Pada kejadian serangan di balai polis itu 17 Mei lepas, dua konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban selepas diserang seorang lelaki manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, cedera ditembak.
Suspek turut ditembak mati dalam insiden serangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyerang Balai Polis Ulu Tiram
#Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
#kes dipindahkan
#ideologi keganasan
#Islamic State
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan