Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata beliau mengadakan perbincangan yang 'agak positif' dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya semalam mengenai penurunan kuasa kepada negeri ini.
Katanya beliau membangkitkan 13 perkara berhubung peruntukan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri.
"Ini fasa pertama, iaitu mengenai hal-hal pentadbiran. Ada dua fasa lagi yang akan diadakan selepas ini," katanya pada sidang media yang dibanjiri wartawan di pejabatnya di sini hari ini.
Menurut beliau, fasa kedua akan berkisar mengenai hak negeri ini (pencerobohan persekutuan terhadap kuasa negeri) dan mengenai hal berkaitan perlembagaan, manakala fasa ketiga mengenai permohonan royalti minyak dan gas negeri ini, kesahan Akta Perairan Wilayah dan Akta Pembangunan Petroleum.
Adenan berkata beliau memerlukan lebih banyak masa untuk berunding mengenai dua fasa lagi.
"Sebab itulah saya minta lima tahun lagi daripada rakyat Sarawak untuk mentadbir negeri ini. Mandat yang lebih kuat pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang akan memberi kepada saya kedudkan lebih kuat untuk berbincang dan berunding," katanya.
Adenan berkata DAP mungkin ingin menuntut penghargaan kerana memulakan dan membangkitkan perkara ini.
"Tapi, biarlah saya katakan secara terus terang, sayalah orang pertama yang menimbulkan semua perkara mengenai autonomi kita pada 16 Mac 2014 dalam temu bual dengan akhbar The Star. Ia dua minggu selepas saya dilantik sebagai ketua menteri," katanya.
Beliau berkata apa yang dikatakan sebagai Deklarasi Bintulu DAP, yang didakwa parti itu, merekalah yang mula-mula sekali membangkitkan perkara itu, sebenarnya bertarikh 26 Okt 2014.
"Nasihat saya kepada Chong Chieng Jen, pengerusi DAP negeri, usahlah menuntut penghargaan daripada sesuatu yang tidak beliau lakukan," katanya.
Adenan berkata, 13 perkara pertama itu akan berkuat kuasa apabila tiba waktu sepatutnya dan bukan dengan serta-merta.
Merujuk kepada tuduhan Chong bahawa beliau tidak berjaya sepenuhnya dalam rundingan itu, Adenan berkata beliau (Chong) perlu bersabar menunggu dua lagi peringkat rundingan.
"Kalau DAP hendak berunding, mungkin kerajaan persekutuan tidak akan membuka pintu langsung," kata beliau.
Adenan menegaskan sekali lagi bahawa hubungan antara kerajaan Sarawak dengan kerajaan persekutuan perlu berasakan kepada perlembagaan.
"Hubungan antara Sarawak dengan Kuala Lumpur berbeza daripada antara Kuala Lumpur dengan, katakanlah, Pahang.
"Mengikut Perjanjian Malaysia, kita sebuah negeri autonomi. Kita tidak menyertai Malaysia. Kita adalah rakan yang setara dalam pembentukan Malaysia. Sebelum Perjanjian Malaysia, belum ada lagi Malaysia untuk disertai," kata Adenan.
Beliau berkata sesetengah pihak berpendapat Sarawak bukan rakan setara, tetapi katanya, "secara umumnya, kita setara".
Beliau berkata Sarawak perlu bertegas tentang kedudukan autonominya sepanjang masa, tetapi ia bergantung sekuat mana ia menekankan tentang haknya.
Bernama
Thu Jan 21 2016
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem (dua, kiri) ketika sidang media di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu (kiri). - Foto Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.