Jabatan Insolvensi Malaysia akan mengadakan perbincangan meja bulat dengan persatuan bank di negara ini serta pihak-pihak berkepepentingan dalam waktu terdekat bagi meneliti langkah ke hadapan untuk mengurangkan masalah kebankrapan dalam kalangan rakyat negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerjasama itu akan membantu orang ramai mengatasi masalah keberhutangan yang serius.
"Insya-Allah pihak Jabatan Insolvensi Malaysia akan melaksanakan cadangan ini dalam masa terdekat dengan menjalin kerjasama dengan bank-bank komersial bagi membantu mereka yang menghadapi masalah keberhutangan yang serius.
"Perbincangan bersama bank-bank komersial yang khusus adalah bagi mencari jalan tengah yang boleh dicapai untuk memudahkan proses pelepasan kebankrapan dan seterusnya mengelak masalah kebankrapan dari terus meningkat di Malaysia," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab Sim Tong Him (Bebas-Kota Melaka) yang meminta jumlah mereka yang muflis sehingga bulan Ogos tahun ini mengikut setiap negeri dan terdapat berapa orang muflis telah dilepaskan sejak Akta Kebankrapan 1967 (Pindaan) diluluskan adakah pihak peminjam iaitu bank-bank komersial yang masih enggan bekerjasama dengan Kerajaan dan apakah kriteria-kriteria serta syarat-syarat untuk orang yang muflis boleh dilepaskan.
Tambah Azalina lagi, gesaan untuk melaksanakan perbincangan meja bulat itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa Forum Pengguna Ke-7 yang dianjurkan oleh Persatuan Pegguna Islam Malaysia pada 4 November lalu.
Kata beliau, mengikut rekod, jumlah kes kebankrapan sehingga Ogos 2017 adalah sebanyak 296,712 kes yang mana daripada jumlah itu Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi sebanyak 72,114 kes (24.30%) diikuti Johor dengan 50,255 kes (16.94%) dan Wilayah Persekutuan dengan 46,377 kes (15.63%).
Manakala Perlis pula ujar beliau mencatatkan jumlah kes kebankrapan terendah dengan 1,037 kes (0.35%).
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 28 2017
Jabatan Insolvensi akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama bank-bank komersial bagi mencari langkah mengatasi masalah kebankrapan.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Dakwaan kumpulan Sulu bebas ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal - Azalina
Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.