Perbincangan antara Malaysia dengan Singapura mengenai pembukaan semula sempadan kedua-dua negara adalah positif, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Saya agak positif... tetapi sudah tentu akan ada pihak yang melihatnya secara negatif tetapi mereka tidak terlibat dalam perbincangan dan tidak tahu apa yang saya telah bincangkan dengan Menteri Luar Singapura," katanya.
Hishammuddin turut memberi jaminan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura akan memberi tumpuan pada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang akan memanfaatkan kedua-dua negara.
Berdasarkan perbincangannya dengan Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan, beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju tentang kepentingan SOP dan protokol kesihatan.
"Apa yang penting adalah mengambil pendekatan langkah demi langkah untuk memastikan pergerakan rakyat antara kedua-dua negara berjalan lancar, selamat dan memberi manfaat kepada kita dalam semua sektor," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.
Hishammuddin berkata sekiranya pembukaan semula sempadan tidak dapat dilakukan dengan jiran terdekat itu telebih dahulu, maka sukar untuk Malaysia melaksanakan konsep 'green bubble' dengan negara-negara lain.
Konsep 'green bubble' melibatkan langkah melonggarkan sekatan perjalanan antara dua atau lebih negara yang mencatatkan kes penularan dan jangkitan tempatan COVID-19 yang rendah.
Sementara itu, Hishammuddin berkata mesyuarat Menteri Luar ASEAN semalam turut memperhalusi keberangkalian untuk membenarkan pergerakan rakyat antara dua negara dalam rantau ASEAN yang dikategorikan sebagai 'hijau'.
"Pergerakan rakyat antara negara penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi serantau," katanya.
Beliau berkata konsep 'green bubble' mungkin akan dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 esok yang akan berlangsung secara maya.
Katanya Wisma Putra sedang memikirkan kaedah terbaik mengenai pelaksanaan konsep "green bubble".
Berhubung isu pelarian Rohingya, Hishammuddin berkata isu tersebut bukan mudah untuk diselesaikan terutamanya ketika berdepan COVID-19.
Beliau berkata apa yang penting isu itu perlu dibincangkan secara rasional dan tanpa emosi, serta menyuarakan kebimbangan Malaysia di platform ASEAN.
Hishammuddin berkata perkembangan di wilayah Rakhine dibincangkan semasa mesyuarat Menteri Luar ASEAN semalam dan berharap isu itu dapat dibangkitkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020
Hishammuddin turut memberi jaminan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura akan memberi tumpuan pada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan. -BERNAMA
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.