awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Perbuatan mereka sangat kejam… sukar untuk saya maafkan” - Luahan isteri lelaki OKU dipukul di pasar tani

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
20/01/2025
02:15 MYT
“Perbuatan mereka sangat kejam… sukar untuk saya maafkan” - Luahan isteri lelaki OKU dipukul di pasar tani
Menurut Faridah (kanan), dia sangat kesal dan kecewa kerana suaminya disepak dan dipukul tanpa sebarang rasa simpati dan kemanusiaan.
KUALA TERENGGANU: "Suami saya dipukul, disepak tanpa perikemanusiaan."
Itu luahah Faridah Abdul Karim, isteri kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai,Kemaman pada Jumaat lalu.
Ibu kepada lima cahaya mata itu berkata, ketika kejadian dia sedang berniaga sebelum dikejutkan dengan panggilan yang memaklumkan insiden itu.
Faridah berkata, perbuatan dan kelakuan melampau itu sukar untuk dimaafkan.
"Sedih marah,kecewa semua ada bila melihat video yang tular suami saya dipukul tanpa ada belas kasihan dan bagi saya ia sangat keterlaluan.
"Bagi saya perbuatan itu sangat kejam dan setakat ini hati saya sukar untuk dimaafkan," kata Faridah ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya, jika benar suami bersalah dan sengaja melanggar sebuah gerai makanan di situ, mereka sepatutnya selesaikan dengan secara baik.
Jelasnya lagi, sehingga hari ini suaminya masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Jumaat lalu, mangsa seorang OKU mental berusia 47 dipukul beberapa individu dipercayai selepas motosikal ditunggannya terlanggar sebuah gerai jualan menyebabkan makanan yang dijual terjatuh dan tumpah.
Topic Berkaitan
#lelaki OKU dipukul
#Pasar Tani Padang Astaka
#isteri lelaki OKU
#langgar gerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan