awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Percepatkan penggunaan Ivermectin - Dr Vijaendreh

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
21/06/2021
11:41 MYT
Percepatkan penggunaan Ivermectin - Dr Vijaendreh
Kerajaan digesa menggunakan kuasa kecemasan bagi mempercepatkan penggunaan Ivermectin dalam merawat pesakit COVID-19. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menggunakan kuasa kecemasan bagi mempercepatkan penggunaan Ivermectin dalam merawat pesakit COVID-19.
Presiden Malaysian Association Of Advancement of Functional and Interdisciplinary Medicine (MAAFIM), Dr Vijaendreh Subramaniam menjelaskan, ujian klinikal yang dilakukan kementerian akan mengambil masa yang lama sedangkan data klinikal dan pra-klinikal mengenai Ivermectin sebelum ini sudah jelas.
"Apa rayuan kami kepada kerajaan? Ujian klinikal akan mengambil masa. Data klinikal dan pra-klinikal sebenarnya jelas. Kami merayu kerajaan menggunakan kuasa kecemasan untuk mempercepatkan penggunaan Ivermectin dan supplement tambahannya bagi meningkatkan tahap imun seseorang individu sama ada yang sedang dikuarantin di pusat kuarantin dan juga mereka yang dikuarantin di rumah," katanya dalam Webinar anjuran Malaysian Alliance For Effective COVID Control (MAECC) melalui aplikasi Zoom pada Isnin.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan ICR pada 31 Mei lalu memulakan ujian klinikal bagi Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.
Beliau merayu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi peluang kepada pihaknya untuk membentangkan data yang menyokong kepentingan Ivermectin.
"Kami merayu Ketua Pengarah Kesihatan untuk memberi kami peluang membentangkan semua data kukuh dan memberi sokongan kepada kepentingan peranan Ivermectin dalam rawatan COVID-19 terutamanya peringkat awal pesakit dan pesakit luar," jelasnya lagi.
Ujarnya, garis panduan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Ivermectin adalah tidak masuk akal.
"Kami telah bercakap dengan pakar klinikal seluruh dunia yang merawat sendiri pesakit dengan Ivermectin dan keputusan yang diperoleh adalah sangat baik.
"Jadi, kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa Ivermectin hanya boleh digunakan dalam ujian klinikal tidak masuk akal kepada kita," tambahnya.
Sebelum ini, WHO turut mengeluarkan garis panduan yang melarang penggunaan ubat itu secara rutin dalam rawatan COVID-19, kecuali untuk ujian klinikal.
Ivermectin iaitu sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.
Topic Berkaitan
#MAAFIM
#COVID-19
#Ivermectin
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#WHO
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan