BALING: Kegembiraan percutian sebuah keluarga bertukar pilu apabila salah seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun lemas di kolam Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Ulu Legong, di sini.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa dipercayai datang dari Padang Serai bersama ahli keluarganya dan tiba di pusat rekreasi itu jam 8 malam Sabtu.
Katanya, sebaik tiba, keluarga itu mandi di kolam air panas dan mangsa mandi di kolam kanak-kanak bersama kanak-kanak lain.
“Tiba-tiba salah seorang daripada ahli keluarga menyedari mangsa tiada di dalam kolam itu dan hilang dari pandangan.
"Setelah mencari hampir 15 minit pengunjung di situ memaklumkan menemui seorang kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam mandi dewasa, jam 9.40 malam," katanya hari ini.
Menurut Shamsudin, pengunjung yang berada di situ cuba memberi bantuan pernafasan kepada kanak-kanak itu namun gagal.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital Baling yang tiba tidak lama kemudian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengabaikan anak yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jan 23 2023

Mangsa dipercayai datang dari Padang Serai bersama ahli keluarganya dan tiba di pusat rekreasi itu jam 8 malam Sabtu. - Gambar/ PDRM

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Kanak-kanak lelaki lemas ketika mandi di Pantai Damat
Wan Muhammad Afif Danial Wan Mohd Nasir meninggal dunia beberapa minit selepas dibawa naik ke tepi pantai.

Kanak-kanak 4 tahun lemas mandi lombong, abang masih hilang
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang selepas dipercayai mandi di lombong pasir di Kampung Pematang Kedondong, Tikam Batu.

Kanak-kanak lemas di homestay milik keluarga
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas ketika bermandi manda di kolam renang sebuah inap desa (homestay) di Kampung Pulai, Merlimau pada Ahad.

Operasi SAR cari kanak-kanak lelaki, remaja diperluas - Bomba
Semalam bomba telah mencari sehingga ke sempadan terowong SMART namun, tidak menemukan sebarang petunjuk.

'Tak sangka berubah jadi pendiam petanda Ammar tinggalkan kami'
Ammar merupakan seorang anak yang manja, ringan tulang dan bertanggungjawab dengan adik-beradiknya.

Kanak-kanak 10 tahun ditemukan lemas dalam kolam terbiar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas dalam sebuah kolam terbiar di Kampung Telaga Papan, Semerak pada Sabtu.

SAR seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas di Ukay Perdana ditangguhkan
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata SAR ditangguhkan pada 9 malam ini dan bersambung 7.30 pagi esok.

10 kanak-kanak lemas, bot karam di Pakistan
Bot yang dinaiki 25 kanak-kanak itu dilaporkan terbalik di Empangan Tanda awal pagi Ahad.

Percutian menjadi tragedi, kanak-kanak lemas di kolam air panas
Kegembiraan percutian sebuah keluarga bertukar pilu apabila salah seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun lemas di kolam Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Ulu Legong.

Percutian keluarga bertukar tragedi, kanak-kanak lemas dalam kolam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang sedang bercuti bersama keluarganya ditemukan lemas di dalam kolam renang sebuah vila hari ini.