KUALA LUMPUR: Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan berjumlah RM135.1 bilion, meningkat 12.4 peratus pada Januari 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, kenaikan tersebut disokong oleh subsektor perdagangan runcit yang mencatatkan peningkatan sebanyak RM10.6 bilion atau 21.7 peratus kepada RM59.6 bilion.
Beliau berkata kenderaan bermotor juga berkembang 20.1 peratus atau RM2.5 bilion kepada RM15.2 bilion, manakala perdagangan borong meningkat 3.1 peratus atau RM1.8 bilion kepada RM60.4 bilion.
"Bagaimanapun, bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan perdagangan borong dan runcit menurun -1.6 peratus, terutamanya disumbangkan oleh subsektor kenderaan bermotor yang merosot -13.4 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Uzir, pertumbuhan subsektor perdagangan runcit sebanyak 21.7 peratus padaJanuari 2023 disokong oleh jualan runcit di kedai bukan pengkhususan yang meningkat 24.6 peratus atau RM4.5 bilion kepada RM22.7 bilion.
"Bagi perbandingan bulan ke bulan, jualan subsektor ini meningkat 0.2 peratus," katanya.
Ketua Perangkawan itu berkata pertumbuhan 20.1 peratus dalam subsektor kenderaan bermotor pada bulan ini disumbangkan oleh jualan kenderaan bermotor yang meningkat 25.0 peratus atau RM1.5 bilion kepadaRM7.7 bilion.
"Bagaimanapun, bagi perbandingan secara bulanan, jualan subsektor ini menurun sebanyak -13.4 peratus, dipengaruhi oleh penurunan jualan kenderaan bermotor yang merosot -23.4 peratus," tembah beliau.
Berhubung subsektor perdagangan borong, kenaikan 3.1 peratus disumbangkan oleh jualan borong barangan isi rumah yang mencatatkan peningkatan sebanyak RM1.0 bilion atau 8.6 peratus kepadaRM12.8 bilion.
Bagi perbandingan secara bulanan, perdagangan borong meningkat 0.1 peratus yang disumbangkan terutamanya oleh jualan borong barangan isi rumah yang meningkat 4.4 peratus atau RM0.5 bilion kepadaRM12.8 bilion.
Selain itu, Mohd Uzir memaklumkan indeks jualan runcit melalui internet pada Januari 2023 merekodkan pertumbuhan 9.6 peratus tahun ke tahun (Disember 2022: 10.2 peratus).
"Bagi pelarasan musim, indeks ini meningkat 1.3 peratus berbanding bulan sebelumnya," kata beliau.
Dari segi indeks volum pula, perdagangan borong dan runcit pada Januari 2023 mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 8.6 peratus disumbangkan oleh perdagangan runcit yang meningkat 16.2 peratus.
"Kenderaan bermotor dan perdagangan borong juga merekodkan pertumbuhan positif dengan peningkatan masing-masing 10.8 peratus dan 0.3 peratus.
"Bagaimanapun, indeks volum pelarasan musim jatuh -4.4 peratus dari bulan ke bulan," kata Mohd Uzir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
Perdagangan borong dan runcit pada Januari 2023 mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 8.6 peratus disumbangkan oleh perdagangan runcit yang meningkat 16.2 peratus. -Foto BERNAMA
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Perdagangan borong, runcit naik 7.2 peratus pada Julai
Perdagangan borong dan runcit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM139.8 bilion, naik 7.2 peratus dari tahun ke tahun pada Julai 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Perdagangan borong dan runcit Malaysia catat pertumbuhan 12.4 peratus pada Januari 2023
Kenaikan tersebut disokong oleh subsektor perdagangan runcit yang mencatatkan peningkatan sebanyak RM10.6 bilion atau 21.7 peratus kepada RM59.6 bilion.