KUALA LUMPUR:Pertumbuhan luar biasa dalam perdagangan dua hala dan pelancongan dua hala antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menunjukkan wujudnya potensi ekonomi yang luas, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam wawancara eksklusif dengan Emirates News Agency (WAM), Seri Paduka Baginda bertitah UAE telah menjadi salah satu rakan dagang utama Malaysia di rantau Asia Barat, dan pada tahun 2019 sahaja, jumlah perdagangan antara Malaysia dan UAE mencapai US$6.426 bilion, iaitu 12.5 peratus melonjak daripada US$5.709 bilion pada tahun 2018.
UAE juga merupakan destinasi eksport terbesar di Malaysia dan sumber import kedua terbesar di rantau ini, titah Al-Sultan Abdullah semasa lawatan khas lima hari ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 21 Disember lepas.
"Malaysia dan UAE mempunyai hubungan yang baik, terutama dalam sektor perdagangan dan pelaburan.
"Berdasarkan kepada lokasi strategik Malaysia di rantau Asia Tenggara, Malaysia berkomitmed untuk menjadikannya sebagai pintu masuk kepada UAE bagi meneroka pasaran di Asia Tenggara yang mempunyai penduduk sebanyak 650 juta orang," titah Al-Sultan Abdullah.
Seri Paduka bertitah sebagai hab utama di rantau Asia Barat, UAE sentiasa menjadi negara penting bagi Malaysia dan berperanan sebagai gerbang kepada Malaysia meneroka pasaran baharu.
Lawatan khas itu adalah kali ketiga buat Seri Paduka Baginda sejak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Lawatan pertama pada 12 hingga 15 Jun, 2019 disusuli lawatan kedua, iaitu lawatan peribadi yang juga atas jemputan Sheikh Mohamed Zayed pada 29 November hingga 3 Disember, 2019.
Sheikh Mohamed Zayed pula telah melakukan lawatan khas ke Malaysia atas jemputan Al-Sultan Abdullah bersempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai, 2019.
Menurut laporan WAM, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan supaya kedua-dua negara dapat terus meneroka peluang untuk mengeratkan lagi hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.
"Daripada segi pelancongan contohnya, beta gembira melihat peningkatan jumlah pelancong dari UAE yang telah mengunjungi Malaysia sebelum penularan COVID-19. Pada tahun 2019, lebih daripada 11,000 pelancong dari UAE telah melawat Malaysia.
"Apabila pintu sempadan dibuka semula, beta berharap lebih ramai pelancong dari UAE memilih untuk Malaysia sebagai destinasi percutian pilihan mereka," titah Al-Sultan Abdullah.
Semasa wawancara itu, Seri Paduka Baginda juga membincangkan mengenai penyertaan Malaysia dalam Expo 2020 Dubai.
Malaysia percaya bahawa penyertaannya pada acara antarabangsa di Dubai akan menjadi peluang untuk memperlihatkan potensi perdagangan dan pelaburan yang signifikan terutama "cerita Malaysia kepada dunia," titah Al-Sultan Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 30 2020
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan dan Prevensi UAE Dr Abdul Rahman Mohammed Al Owais di Emirates Palace pada 23 Dis, 2020. - Gambar fail BERNAMA
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Agong titah hentikan kontroversi stoking kalimah Allah
Seri Paduka Baginda bertitah adalah lebih baik untuk masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian itu dan berusaha untuk mengeratkan lagi perpaduan.
Agong gemar utus kad raya, lebih unik dan sangat klasik
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook, Sultan Ibrahim dilihat berkenan untuk menandatangani 200 kad ucapan semalam.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga PDRM
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah bersama para hadirin di Masjid Sallehin.
Agong berkenan lawat Kementerian Pertahanan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Pertahanan, di ibu negara hari ini.
Agong hargai pengorbanan warga PDRM, zahir ucapan Selamat Hari Polis Ke-217
Sultan Ibrahim zahir penghargaan kepada seluruh warga PDRM atas khidmat dan jasa yang disumbangkan dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.
Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor: PM merafak sembah tahniah kepada Agong
Perdana Menteri merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor hari ini.
"Perpaduan rakyat hadiah paling bermakna" - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah perpaduan rakyat berbilang kaum adalah hadiah yang paling bermakna buat baginda sempena sambutan ulang tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor hari ini.
Sultan Ibrahim berkenan kurnia 25,000 kampit beras buat asnaf di Kuala Lumpur
Sebanyak 10 buah masjid di sekitar Kuala Lumpur telah dipilih bagi urusan pengagihan beras tersebut.
Dewan Rakyat lulus RUU Polis (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Agong kurnia watikah pelantikan empat perwakilan ke luar negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat perwakilan Malaysia ke luar negara, hari ini.