awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri bakal lakukan lawatan rasmi ke Brunei

Najib Aroff
Najib Aroff
03/04/2021
10:32 MYT
Perdana Menteri bakal lakukan lawatan rasmi ke Brunei
Lawatan itu bakal menjadi pertemuan kali pertama Muhyiddin bersama Sultan Hassanal di bawah kerangka Rundingan Pemimpin Tahunan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mengadakan lawatan rasmi ke Bandar Seri Begawan, Brunei bermula 4 hingga 5 April.
Lawatan itu bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 atas jemputan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Ia merupakan pertemuan kali pertama Muhyiddin bersama Sultan Hassanal di bawah kerangka Rundingan Pemimpin Tahunan.
Rundingan Pemimpin Tahunan ini merupakan platform peringkat tertinggi bagi perbincangan mengenai pelbagai isu dua hala, hal ehwal serantau dan antarabangsa dan kepentingan bersama khususnya pasca COVID-19.
Kedua-dua pemimpin dijangka menyaksikan majlis menandatangi Memorandum Persefahaman dalam Bidang Pengurusan Bencana antara kedua kerajaan, dan pemeteraian perjanjian Unitisation Agreement di antara Petronas dan Brunei National Unitisation Secretariat dalam sektor minyak dan gas.
Perdana Menteri akan diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Lawatan rasmi ini juga merupakan lawatan gelembung perjelanan yang mana pesawat khas digunakan selain delegasi diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas dan setiap hari di Brunei.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#lawatan rasmi
#Brunei
#sutan hassanal bolkiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan