KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke New York pada Selasa malam bagi menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.
Anwar yang ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan berkongsi usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim bagi mencapai Agenda 2030 di persidangan tersebut.
"Dalam perhimpunan bersama pimpinan dunia ini, saya antara lain akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim bagi mencapai Agenda 2030, hala tuju negara di bawah kerangka Malaysia MADANI serta beberapa isu global lain.
"Doakan misi delegasi Malaysia berjalan lancar, Insya-Allah," katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan khutbah solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), pada Jumaat ini.
Beliau merupakan pemimpin asing pertama diberi penghormatan sedemikian oleh masjid pertama di bandar itu yang dibuka pada 25 September 1995 yang turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, Perdana Menteri juga akan bertemu pemimpin dan kapten industri dari sekurang-kurangnya lima negara semasa lawatan kerja beliau ke sini dalam usaha memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia selain menarik pelaburan ke negara ini.
Pada Khamis, Anwar dijadual menyertai Perbincangan Meja Bulat dengan Fortune 500 Companies dan sesi libat urus dengan Invest Malaysia New York.
Pada hari sama, Anwar akan menghadiri sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa dan dasar luar negara.
Astro Awani
Tue Sep 19 2023

Anwar dijadual menyertai Perbincangan Meja Bulat dengan Fortune 500 Companies dan sesi libat urus dengan Invest Malaysia New York. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Lima rakan didakwa rompak kilang elektronik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB lulus misi keselamatan bantu Haiti tangani keganasan berkumpulan
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.

SPRM tahan Datuk Seri disyaki kemuka tuntutan palsu RM60,000
SPRM menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Ada khabar baik untuk Malaysia, negeri Pahang dari UAE nanti - Anwar
Anwar dijadual melakukan lawatan kerja ke UAE pada 5 Oktober ini.

Saman pemula Tommy Thomas dipindah ke bahagian sivil - Hakim
Mahkamah Tinggi memerintahkan saman pemula oleh Tommy Thomas terhadap Pasukan Petugas Khas dan Kerajaan Malaysia dipindahkan ke mahkamah lain, menerusi perbicaraan saman sivil.

Gabenor Jeneral New Zealand terima kunjungan hormat PM Anwar
Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro, yang sedang dalam rangka lawatan negara menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tun Mahathir minta Anwar kemuka dokumen
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tun Dr Mahathir yang meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan dokumen, dalam kes saman fitnah.

KPM, KPT main peranan beri pendedahan awal mengenai literasi kewangan - PM Anwar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) boleh memainkan peranan dalam memberikan pendedahan awal mengenai literasi kewangan kepada pelajar dan mahasiswa.

Kerajaan lulus dana awal RM1.9 juta baiki SK To' Kandu - PM Anwar
Beliau berkata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah datang mendengar taklimat dan sekarang Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyiapkan laporan awal.

Rombakan Kabinet hak mutlak PM - Johari
Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata keputusan sedemikian adalah hak mutlak Perdana Menteri.

PM arah jabatan kerajaan tidak jemput tetamu terlalu awal bagi program rasmi
Anwar berkata sekiranya tetamu diminta hadir dan menunggu begitu lama sebelum ketibaan orang kenamaan, ia akan hanya membazir waktu.

SPRM mesti bebas daripada pengaruh eksekutif - PM Anwar
Beliau berkata SPRM juga mestilah tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak tetapi perlu memperteguh usaha mencegah gejala rasuah.