NATIONAL
Perdana Menteri bertindak berani, gesa negara Arab, Islam usir Israel dari PBB

Perdana Menteri mengajak semua negara Arab dan Islam untuk membina konsensus ke arah menggantung atau mengusir Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Foto tangkap layar YouTube Saudi On Demand
RIYADH: Perdana Menteri mengajak semua negara Arab dan Islam untuk membina konsensus ke arah menggantung atau mengusir Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa negara Arab dan Islam untuk mencapai kesepakatan bagi menggantung atau mengusir Israel dari PBB.
- Anwar mengajak pemimpin dunia dan Islam untuk membantu membina semula Gaza yang musnah akibat serangan Israel.
- Sidang Kemuncak Luar Biasa ini dianjurkan di Riyadh untuk menghentikan keganasan Israel dan melindungi orang awam di Gaza dan Lebanon.
Beliau berucap pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab Islam di Riyadh, Arab Saudi.
Turut hadir dan berucap ramai pemimpin negara Islam, termasuk Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
Perdana Menteri turut mengajak pemimpin dunia dan Islam untuk mengusahakan agenda bagi membina semula Gaza yang kini musnah dek kegilaan Israel.
“Oleh itu, adalah penting bahawa kita gandakan usaha semasa untuk membantu membina semula Gaza daripada runtuhan kemusnahan,” jelasnya.
Pada masa sama beliau turut menyampaikan mandat Malaysia untuk mengecam keganasan Israel semasa sidang kemuncak ini.
Sidang Kemuncak Luar Biasa ini dianjurkan Arab Saudi untuk mencari penyelesaian bagi menghentikan peningkatan keganasan di Gaza dan Lebanon dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara-negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi.
Matlamat utama termasuk menghentikan serangan Israel, melindungi orang awam, dan menyediakan bantuan kepada kawasan yang terjejas.
Sidang kemuncak ini, juga diadakan dalam konteks pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat, yang dilihat sebagai peluang penting bagi negara-negara Arab dan Islam untuk menyatukan pendirian mereka dan mendesak campur tangan antarabangsa bagi menghentikan kegilaan Israel.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami