Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menggariskan tiga resepi kejayaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang - keazaman, semangat pasukan dan strategi yang tepat.
Menggunakan analogi kejayaan pasukan Baiduri dari Perak yang muncul juara acara badminton sempena program tahunan isteri wakil-wakil rakyat BN di sini pada Sabtu, perdana menteri berkata tiga resepi itu perlu menjadi panduan dan asas untuk mencapai kejayaan.
"Menang atau kalah dalan badminton itu soal kedua, (sebenarnya) yang penting menang pilihan raya," katanya ketika berucap pada majlis penutup program itu.
Baiduri, Badan Amal dan Usaha Negeri Perak, yang diwakili isteri wakil-wakil rakyat BN Perak, muncul juara badminton berpasukan selepas menewaskan pasukan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).
"Saya melihat kejayaan Baiduri menang, kita mesti jadikan panduan...kita mesti ada perasaan nekad, keazaman untuk mencapai kejayaan. Ada keazaman, InsyaAllah akan mencapai kejayaan.
"Yang kedua, semangat sepasukan yang saya lihat begitu padu, (ia seperti) satu keluarga, satu ikatan yang tidak boleh dirungkai-rungkaikan oleh sesiapa dan ketiga untuk mencapai kejayaan, kita perlulah mempunyai strategi," katanya.
Turut hadir, isteri beliau merangkap Yang Dipertua Bakti Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; dan beberapa menteri, timbalan menteri serta menteri besar.
Program tahunan itu bermula sejak 7 Feb lepas dan disertai 14 badan amal isteri wakil-wakil rakyat dari seluruh negara.
Najib turut meminta isteri wakil-wakil rakyat BN memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membantu rakyat.
"Menerusi badan amal dan isteri wakil-wakil rakyat ini, kerja kebajikan merupakan satu lagi saluran membantu rakyat yang dilanda musibah seperti banjir dan sebagainya," kata beliau.
Beliau berkata sekiranya isteri wakil-wakil rakyat boleh menjayakan peranan itu dan mempamerkan wajah yang prihatin terhadap rakyat, ia boleh menyumbang kepada kejayaan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Terdahulu pada program petang tadi, Najib menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan badminton dan boling yang merupakan dua acara dipertandingkan pada program tahunan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2017
Perdana Menteri berkata tiga resepi itu perlu menjadi panduan dan asas untuk mencapai kejayaan. - Gambar fail
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.