KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meluahkan kekecewaan kerana segelintir majikan didapati menawarkan gaji tidak setimpal dengan kelayakan dan skop kerja yang perlu dilakukan oleh rakyat tempatan.
Menurutnya, kerajaan sedang giat membangunkan ‘talent pool’ yang berkemahiran, produktif dan berpotensi tinggi namun terdapat majikan masih menawarkan pendapatan di bawah paras gaji minimum.
"Saya juga ingin mengingatkan majikan bahawa mulai 1 Mei lepas gaji minimum seseorang pekerja ialah RM1,500 bagi keselesaan hidup Keluarga Malaysia.
"Sehubungan itu, saya meminta supaya pihak majikan mengambil serius mengenai perkara ini kerana pekerja merupakan tunjang utama dalam mana-mana organisasi di mana mereka boleh ‘make or break’ sesuatu perniagaan.
"Bagi menangani ketidakpadanan ini, KSM (Kementerian Sumber Manusia) digesa berunding dengan pihak majikan dan wakil-wakil pekerja bagi mengenal pasti pendekatan dan solusi terbaik kepada masalah ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Perasmian Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 pada Isnin yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan juga boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan konsultasi tiga penjuru bagi mencapai kata sepakat berhubung ketidakpadanan gaji Keluarga Malaysia
"Saya juga ingin menyeru kepada para majikan termasuk agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta supaya menyediakan peluang kerja dan insentif terbaik untuk pencari kerja," ujarnya.
Tambah Ismail Sabri, kerajaan sentiasa mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat termasuk berkaitan pengangguran dan kehilangan pekerjaan.
"Bagi memastikan perkara ini dapat ditangani dengan efektif, pelbagai inisiatif berkonsepkan ‘jamin kerja’ telah dilaksanakan untuk membantu mereka yang benar-benar terkesan dan memerlukan.
"Dalam usaha merapatkan jurang penawaran dengan permintaan pekerjaan oleh majikan dan pekerja, sebuah Profiling Kebangsaan perlu dibangunkan dengan mempergiat usaha pelaksanaan program 'outreach' pemprofilan pencari kerja di seluruh negara.
"Justeru, saya ingin menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk merebut segala inisiatif dan insentif yang ditawarkan, bukan sahaja untuk menambah baik kehidupan tetapi juga berganding bahu memulih dan memperkukuhkan semula ekonomi negara," ujarnya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, berdasarkan statistik MYFutureJobs setakat Julai lepas, lingkungan gaji bagi kekosongan jawatan yang paling banyak ditawarkan di seluruh negara adalah antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.
Ridauddin Daud
Mon Jul 25 2022

Ismail Sabri berkata, kerajaan sedang giat membangunkan talent pool yang berkemahiran, produktif dan berpotensi tinggi namun terdapat majikan masih menawarkan pendapatan di bawah paras gaji minimum. - Gambar/ Bernama

Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden pada Ahad.

RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang di Parlimen selewatnya Mac 2024 - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Mac tahun hadapan.

Pengembara terpaksa beratur lebih sejam di terminal feri Labuan
Keadaan sesak itu dijangka berlarutan hingga hujung minggu depan.

HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.

Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.

PBAKL 2023 dapat sambutan meriah golongan muda
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 yang bermula Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapat sambutan meriah terutama daripada golongan muda.

Menteri Agama cadang tubuh pusat mediasi selesai isu Islam, bukan Islam
Menteri Agama mencadangkan satu pusat mediasi di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan antara orang Islam dan bukan Islam.

Masters Malaysia: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Tiada keperluan tubuh jawatankuasa khas selamatkan Tanah Rizab Melayu di Kedah - Sanusi
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata tiada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelamatkan Tanah Rizab Melayu di negeri itu.

HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan
Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.

PM zahir rasa simpati atas pemergian wira negara Awang Askandar
Perdana Menteri berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat negara selain mengundang rasa pilu rakyat Malaysia.

PM seru anak muda bangkit selamatkan negara dengan ilmu, budaya membaca
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru anak-anak muda agar bangkit menyelamatkan Malaysia dengan ilmu, kesedaran dan semangat melalui budaya membaca.

Hadi sedia jumpa sesiapa sahaja termasuk Anwar
Namun Abdul Hadi menegaskan keterbukaannya itu mestilah tidak lari dari prinsip, matlamat dan perjuangan Pas.

Rombakan Kabinet: 'Bagi senarai, saya akan pertimbang' - Anwar
Tanpa mengesahkan perkara tersebut, Perdana Menteri berkata, senarai tersebut akan dipertimbangkan oleh beliau.

Tuduhan dana judi: 'Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas' - Anwar
Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan jika ia tidak mempunyai asas.

Jadikan masjid pangkalan ibadah, majlis ilmu - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu masjid dijadikan sebagai hab majlis ilmu selain daripada pangkalan beribadah.

KIR miskin tegar berdaftar berkurang dalam 6 bulan lalu - Hanifah Hajar
Jumlah ketua isi rumah (KIR) miskin tegar berdaftar berkurang daripada 124,744 kepada 118,217 KIR bagi tempoh 15 Disember 2022 hingga 15 Mei lalu.

Peningkatan minat dalam hubungan dua hala, pelaburan dan perdagangan pada LIMA '23 - PM
Minat untuk penglibatan dalam hubungan dua hala, pelaburan dan perdagangan antara negara dan syarikat yang terlibat dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) meningkat.

Majoriti Senator Thailand belum putuskan untuk sokong Pita Limjaroenrat
Majoriti senator dilaporkan masih belum membuat keputusan sama ada mereka akan menyokong Pita Limjaroenrat, pemimpin Parti Move Forward (MFP) sebagai Perdana Menteri.

Malaysia semak semula beberapa perjanjian antarabangsa untuk lonjakkan industri angkasa
Malaysia sedang menyemak semula secara aktif beberapa perjanjian antarabangsa berkaitan sektor angkasa untuk meningkatkan lagi industri angkasa negara.