Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Papan Pemuka Digital yang berupaya menghubungkan data daripada 53 kementerian dan agensi yang terlibat dalam pelaksanaan pakej-pakej rangsangan bernilai RM295 bilion.
Pelancaran itu dilakukan bersempena lawatan kerja rasmi Muhyiddin ke unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) yang juga pihak yang membangunkan Papan Pemuka Digital itu di Kementerian Kewangan, di sini.
Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri, pendekatan itu bagi membolehkan kerajaan bertindak secara dinamik dan segera berdasarkan data raya dalam usaha membuat keputusan, memastikan keberkesanan penyampaian bantuan serta perkhidmatan.
Ia turut membantu bagi membuat penghalusan yang perlu bagi memastikan bantuan kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), benar-benar diterima oleh kumpulan yang disasarkan.
"Pengumpulan data secara berpusat dan langsung yang dipaparkan melalui Papan Pemuka Digital ini adalah hasil kerjasama antara kementerian dan agensi, selaras dengan usaha kerajaan ke arah e-pelaksanaan sebagai persediaan untuk Revolusi Industri 4.0 serta anjakan menghadapi norma baharu," kata kenyataan itu.
Lawatan perdana menteri ke unit LAKSANA itu bagi meninjau operasi serta status pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020), PRIHATIN dan PENJANA.
Beliau telah diiringi oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon dan Pengarah LAKSANA, Datuk Shahrul Nazri Abdul Rahim.
Muhyiddin turut diberi taklimat mengenai usaha-usaha LAKSANA termasuk laporan mingguan pencapaian pakej PRIHATIN dan PENJANA oleh Menteri Kewangan.
Selain itu, usaha LAKSANA dalam memantapkan jalinan kerjasama antara sektor awam dan swasta juga merupakan tunjang utama bagi menjayakan pelan pemulihan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani plak ketika hadir pada lawatan ke Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) dan Perasmian papan digital hari ini. - Foto BERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.