awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

Bernama
Bernama
07/06/2020
15:13 MYT
Perdana Menteri sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong
"Menjunjung kasih Tuanku," kata Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter dan Facebook beliau.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat negara ini merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.
Muhyiddin turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta kaum kerabat Seri Paduka berdua.
"Patik sekalian mendoakan semoga KDYMM Tuanku akan diberi kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan, dan kesejahteraan jua.
"Patik juga berdoa ke hadrat Allah SWT mudah-mudahan KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya.
"Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.
"Menjunjung kasih Tuanku," kata Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter dan Facebook beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah
#hari keputeraan agong
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Raja Permaisuri Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan