awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Salleh Abas

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/01/2021
05:37 MYT
Perdana Menteri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Salleh Abas
Perdana Menteri berkata, Allahyarham Tun Dr Mohamed Salleh Abas telah memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman sewaktu menjadi Ketua Hakim Negara.
KUALA LUMPUR:Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga Tun Dr Mohamed Salleh Abas atas pemergian Allahyarham, awal hari ini.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Perdana Menteri berkata, sumbangan Allahyarham sebagai Ketua Hakim Negara akan terus dikenang.
“Saya ingin menzahirkan rasa sedih atas pemergian Tun Dr Mohamed Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.
“Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang. Semoga mereka tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini.
“Bagi pihak kerajaan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan Allahyarham dalam memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman sepanjang berkhidmat selaku Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988,” katanya lagi.
BACA: Tun Salleh Abas meninggal dunia
BACA: Rukun Negara, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan antara legasi Salleh Abas
Mohamed Salleh, 91, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada pukul 3.20 pagi.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Salleh Abas
#meninggal dunia
#Ketua Hakim Negara
#Perdana Menteri
#unit rawatan rapi
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan