KUALA LUMPUR:Pemergian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ramai pihak.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ciapan di Twitternya berkata, jasa Allahyarham terhadap negara sangat besar, termasuk bagaimana beliau menulis sendiri draf berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993.
Abdul Hadi berkata, pengalaman yang diperoleh itu sangat berharga sewaktu beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Enakmen tersebut.
“Rasa sedih menyelubungi suasana pagi ini tatkala mendapat perkhabaran pemergian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas ke rahmatullah.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum, semoga sabar dan redha atas ujian ini,” katanya lagi.
Mohamed Salleh meninggal dunia pada usia 91 tahun di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada pukul 3.20 pagi.
BACA: Tun Salleh Abas meninggal dunia
Dalam pada itu, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M Kulasegaran turut berkongsi kesedihannya terhadap pemergian tokoh undang-undang negara itu.
Kulasegaran, yang juga bekas Menteri Sumber Manusia berkata, Allahyarham akan dikenang sebagai seorang tokoh yang sangat memegang teguh kepada prinsip keharmonian antara kaum di negara ini.
“Beliau membantu membuat draf mengenai Rukun Negara pada 1970 dan selalu menegaskan mengapa kebebasan kehakiman perlu berdiri sama tinggi dengan kuasa eksekutif,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Jan 16 2021
Salleh Abas menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 3.20 pagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tun M menyesal lantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara
Dr Mahathir berkata sekiranya boleh diundur waktu beliau akan melantik individu lain untuk jawatan tersebut.
Perdana Menteri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Salleh Abas
Perdana Menteri berkata, Allahyarham telah memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman sewaktu menjadi Ketua Hakim Negara
Rukun Negara, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan antara legasi Salleh Abas
Salleh Abas menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada pukul 3.20 pagi.