awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, RON97 dan RON95 kekal
SARA: Kerajaan teliti perluas barangan boleh dibeli termasuk makanan sejuk beku
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid

Perdaya warga emas konon menang loteri, dua warga Indonesia dipenjara dua tahun

Bernama
Bernama
04/02/2026
09:10 MYT
Perdaya warga emas konon menang loteri, dua warga Indonesia dipenjara dua tahun
Rasyid Arshad, 52, dan Mustari, 55, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka. - Gambar/ Bernama
TELUK INTAN: Dua lelaki warga Indonesia masing-masing dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan secara bersama menipu seorang warga emas berjumlah RM15,000 pada Januari lepas.

Ringkasan AI
  • Dua lelaki warga Indonesia dihukum penjara dua tahun kerana menipu warga emas berjumlah RM15,000 pada Januari lepas.
  • Mereka memperdaya mangsa dengan kononnya memenangi loteri, meminta wang, dan menghilangkan diri selepas menerima wang tersebut.
  • Kedua-dua tertuduh juga dipenjara lima bulan kerana masuk ke negara tanpa dokumen sah.

Majistret Naidatul Athirah Azman menjatuhkan hukuman itu ke atas Rasyid Arshad, 52, dan Mustari, 55, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.
Kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama menipu lelaki warga emas berusia 77 tahun itu dengan memperdaya mangsa kononnya tertuduh telah memenangi loteri dan ingin menuntut wang kemenangan tersebut menggunakan kad pengenalan mangsa.
Tertuduh kemudian meminta mangsa menyerahkan wang RM15,000 dan berjanji akan memulangkan semula wang itu berserta ganjaran RM10,000 selepas wang hadiah kemenangan loteri tersebut diperoleh tertuduh, namun kedua-dua tertuduh menghilangkan diri selepas menerima wang RM15,000 itu.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah pasar raya serbaneka di Lorong Agenda 1, Medaniaga Lagenda Hutan Melintang dalam daerah Bagan Datuk pada 11 pagi, 19 Jan lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, dan sebat serta hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Magistret Naidatul Athirah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara lima bulan selepas mereka mengaku bersalah masuk ke negara ini tanpa dokumen sah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 (Akta 55).
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Darwis Aghniya Halim Azizi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Faustina Francis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes penipuan
#warga emas
#warga Indonesia
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.