awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergaduhan di stesen LRT: enam lagi individu ditahan

Bernama
Bernama
26/12/2024
22:30 MYT
Pergaduhan di stesen LRT: enam lagi individu ditahan
Rusdi berkata dua lagi suspek berumur 22 dan 24 tahun yang direman pada Selasa lepas turut dibebaskan dengan jaminan polis semalam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lagi individu dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Jumaat lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata suspek berumur lingkungan 20 hingga 24 tahun itu ditahan pada petang Selasa di sekitar ibu negara, dan direman selama sehari bermula Rabu.
Beliau berkata keenam-enam suspek itu dibebaskan semalam setelah diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
"Siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, namun laporan masih perlu dilengkapkan sebelum keputusan dibuat," katanya dalam kenyataan, di sini semalam.
Rusdi berkata dua lagi suspek berumur 22 dan 24 tahun yang direman pada Selasa lepas turut dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Pada 21 Dis, polis mengesan satu video tular memaparkan kejadian pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, laluan Ampang-Sri Petaling.
Insiden pergaduhan itu melibatkan antara 20 hingga 30 orang yang bertindak agresif dengan bertumbuk, membaling tong sampah serta menendang pintu tren hingga mengakibatkan kerosakan yang menyebabkan pihak Prasarana Malaysia Berhad membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusdi Mohd Isa
#pergaduhan di stesen LRT
#penyokong bola sepak
#LRT Bandar Tasik Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan