Sebanyak enam kes kematian kanak-kanak akibat ditinggalkan di dalam kereta dilaporkan sejak 2018 hingga kini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata kebanyakan mangsa ditinggalkan ketika ibu bapa pergi kerja atau hadir mesyuarat sehingga terlupa anak mereka berada di dalam kereta.
"Pada tahun ini sebanyak dua kes dilaporkan, 2019 dan 2018 masing-masing dua kes. Walaupun, bilangan kes tidak menunjukkan jumlah yang besar, namun ia melibatkan nyawa anak kepada ibu bapa dan penjaganya.
"Memandangkan kes ini satu isu yang begitu besar dan betapa seriusnya insiden sebegini, kementerian mengambil langkah pencegahan advokasi dan intervensi," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang ingin tahu situasi semasa serta tindakan konklusif KPWKM dalam menangani kes kematian kanak-kanak akibat ditinggalkan di dalam kereta secara tidak sengaja oleh ibu bapa mahupun penjaga.
Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata kerajaan telah meminda Akta Kanak-kanak 2001 pada 2016 dengan mengenakan hukuman lebih berat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 iaitu mengenai penganiayaan, pengabaian, pembuangan dan pendedahan kanak-kanak dengan memasukkan perkataan "atau bertindak secara cuai".
"Tempoh hukuman maksimum penjara dinaikkkan daripada 10 tahun kepada 20 tahun. Denda pula dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM50,000... dan perintah khidmat masyarakat sebagai hukum mandatori," katanya sambil menambah perkhidmatan kaunseling turut diberikan kepada ibu bapa yang terkesan dengan kes seumpama itu.
Beliau berkata KPWKM sentiasa melaksanakan kerjasama dengan agensi berkaitan untuk menjalankan program kesedaran awam terhadap isu berkenaan, antaranya menerusi program Pendidikan Keselamatan Keluarga, Anak-anak (PEKA) dan kursus praperkahwinan iaitu SMARTSTART.
"Kementerian juga menerima maklum balas daripada masyarakat dan ibu bapa yang kemudiannya telah dibincangkan bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya.
"Antara (perbincangan itu) bayi tidak boleh diletakkan di kerusi belakang pemandu kerana ia merupakan titik buta dan meletakkan beg keperluan anak di tempat duduk hadapan bagi memberi peringatan kepada ibu bapa bahawa anak mereka berada di dalam kereta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 03 2020

Pada tahun ini sebanyak dua kes dilaporkan, 2019 dan 2018 masing-masing dua kes. - Gambar hiasan

Ozil dilapor tamat kontrak Arsenal, pindah ke Fenerbahce
Ozil, 32, tidak tampil bermain untuk Arsenal sejak Mac lalu dan dipinggirkan daripada skuad Liga Premier dan Liga Europa.

COVID-19: JAWI anjur program Wilayah Persekutuan Bermunajat malam ini
JAWI memaklumkan, antara pengisian program itu adalah solat Hajat, zikir dan doa munajat bermula pada malam ini, selepas solat Maghrib.

AWANI Ringkas: Zahid Md Arip nafi dakwaan Dr Mahathir | Libatkan suara rakyat dalam Jawatankuasa Bebas Darurat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Proklamasi Darurat | Bukan sehingga kiamat
Proklamasi darurat oleh kerajaan bukan kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlalu mengikut nafsu atau kehendak sendiri. Ini memandangkan proklamasi yang diperkenan Yang Di-Pertuan Agong itu, kata bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Senator Muhammad Zahid Md Arip. ....tidak bersifat kekal dan akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Proklamasi darurat | Kesan kedegilan pimpinan politik
Sementara itu, rakyat sedar pengisytiharan darurat adalah kesan kedegilan pimpinan politik yang tidak akur kepada titah Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menghentikan "politiking". Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Badrolhisham Mohamed @ Shafie berkata ketidakstabilan politik negara yang dicetuskan pimpinan parti pembangkang dan sebahagian kepemimpinan Barisan Nasional secara berterusan telah menghalang Perdana Menteri memberi tumpuan penuh kepada pengurusan COVID-19.

Angkat Sumpah Biden | 25,000 tentera di Washington minggu depan
Berbaki hanya empat hari menjelang upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46, lebih ramai anggota tentera dikerahkan ke Washington DC kerana menjangkakan situasi ganas seperti rusuhan di bangunan Capitol pada 6 Januari lalu akan berulang.

Gempa Sulawesi | Angka korban meningkat kepada 56
Angka korban akibat gempa bumi di Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Jumaat lalu meningkat kepada 56 orang pada Ahad. Menurut agensi bencana negara, lebih 820 yang lain cedera dan 15,000 ditempatkan di pusat pemindahan sementara susulan gempa berukuran 6.2 magnitud itu.

Segera adakan pemilihan parti - Pemuda UMNO Kota Raja
Menurutnya, pemilihan segera perlu dilakukan agar hala tuju parti dapat ditentukan oleh mereka yang dipilih.

DAP sedia kerjasama dengan Jawatankuasa Khas Bebas dengan syarat ketat - Guan Eng
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan darurat dalam usaha mengekang peningkatan jumlah jangkitan COVID-19.

"UMNO kini sudah berpecah tiga" - Annuar Musa
Perpecahan UMNO kepada tiga terdiri daripada kelompok kumpulan yang tolak Bersatu, yang berada di tengah-tengah dan yang terima Bersatu.

Potong gaji, elaun wakil rakyat secara sukarela, tidak perlu usul - Shahidan Kassim
Pemotongan gaji atau elaun antara 10 hingga 20 peratus itu boleh dibuat secara sukarela dan kesedaran setiap ahli bagi membantu rakyat.

Proklamasi Darurat: Parlimen Malaysia teruskan proses semak, imbang - Azhar Azizan
Parlimen Malaysia akan terus menjalankan fungsinya di dalam proses semak dan imbang sebagai institusi unggul badan perundangan negara, kata Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Dari sudut perundangan, kerajaan PN masih lagi sah, teguh - Pakar Perlembagaan
Dari sudut perundangan, kerajaan Perikatan Nasional pimpinan perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat masih lagi sah dan berdiri teguh.

Hilang majoriti: Sidang Khas Dewan Rakyat boleh dipanggil - Pakar Perlembagaan
Ketika ini Muhyiddin memiliki 110 sokongan ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyatakan tidak lagi menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu.

Kerajaan Muhyiddin masih sah, UMNO perlu tentukan benarkan ahli tarik sokongan - Penganalisis
UMNO perlu menentukan adakah parti itu membenarkan ahlinya menarik sokongan sebegitu sahaja, atau ia perlu dibuat secara 'en bloc'.

Terbit kad laporan Ahli Parlimen perlu jadi budaya
Budaya politik ketika ini hanya melihat tanggungjawab seseorang ahli politik itu adalah kepada parti yang disertai dan bukannya penduduk di kawasan yang diwakili.

"Pi baliklah" - Ulas Tun Mahathir sinis mengenai dakwaan Anwar
Tun Mahathir berkata, Anwar sendiri yang menolak bulat-bulat tawarannya untuk kembali mengukuhkan PH selepas dijatuhkan dari Putrajaya.

Azhar, Azalina kekal sebagai Speaker, Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Datuk Ahmad Kamal membenarkan permohonan Azhar, Azalina dan dua yang lain untuk membatalkan saman pemula yang dikemukakan Dr Mahathir.

MAQIS harap Akta 728 dapat dipinda bagi perluas skop penguatkuasaan
Pindaan mendapat kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan sedang dalam proses penelitian daripada aspek perundangan oleh Jabatan Peguam Negara.

Tarik sokongan terhadap PN, sekarang masa paling sesuai - Mahfuz
Sekarang difikirkan masa terbaik kerana semua pihak harus mengelak daripada berlakunya pilihan raya tatkala kes COVID-19 masih tidak menentu.