ALOR SETAR: Bekas juara qari kebangsaan dan antarabangsa sebanyak empat kali, Allahyarham Datuk Abdul Haq atau Abdul Ghani Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Hampar Kanan, Pendang pada pagi Isnin.
Anaknya, Ustaz Azraie Abdul Hak dalam catatan di Facebooknya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan ucapan takziah dan membantu memudahkan urusan pengebumian arwah bapanya.
Abdul Haq adalah permata al-Quran di negara ini selain merupakan juara tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun 1967, 1972, 1980 dan 1982.
"Alhamdulillah. Selesai urusan pengebumian ayahanda Almarhum Abdul Hak. Damailah dikau di sana. Saya wakil kepada adik-beradik yang lain mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi ucapan takziah, datang menziarahi, datang solat jenazah dan datang ke tempat pengebumian memberi penghormatan terakhir kepada arwah. Moga Allah memberi rahmat kepada kalian semua," kata Azraie.
Azraie yang yang juga juara Musabaqah Tahfiz, Tilawah dan Qiraat Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-9 di Kuwait pada Ahad berkongsi berita sedih apabila mengesahkan arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.45 malam.
Sebelum ini, Allahyarham telah pun dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah atas masalah kesihatan.
Jenazah telah dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Batu Hampar, Pendang, dekat sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Hampar Kanan pada jam 11 pagi pada Isnin. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 01 2023
Jenazah Allahyarham Abdul Haq disembahyangkan di Masjid Kampung Batu Hampar, Pendang, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Hampar Kanan pada jam 11 pagi, Isnin. Gambar kecil: Allahyarham Abdul Haq. - Foto Sinar Harian
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Perginya permata al-Quran tanah air
Abdul Haq merupakan juara tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun 1967, 1972, 1980 dan 1982.