Honda Malaysia menarik semula 49,116 unit model Odyssey dan Accord kerana dua masalah berkaitan kegagalan pengesanan bateri dan kerosakan komponen cermin sisi.

Penarikan balik semula itu membabitkan model tahun 2014 hingga 2017 bagi Odyssey dan model 2013 hingga 2016 bagi Accord.

Ia melibatkan 20,333 unit Accord di kesan menghadapi masalah kegagalan pengesanan bateri.

"Papan litar untuk pengesan bateri mengalami masalah ketika proses pembuatan dan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas.


Masalah ini boleh menyebabkan asap keluar dari bahagian enjin



"Masalah ini boleh menyebabkan asap keluar dari bahagian enjin dan dalam kes paling buruk, ia akan menyebabkan kebakaran," menurut kenyataan Honda yang dikeluarkan pada Khamis.

Sementara itu 27,912 unit Accord dan 971 unit odyssey di tarik semula kerana masalah kerosakan komponen cermin sisi yang terlipat ketika kenderaan sedang dipandu atau diparkir.

Masalah yang dikesan diakibatkan daripada permukaan pada suis pelipat cermin sisi yang tidak konsisten.

Honda turut memberi jaminan pihaknya mempunyai bekalan alat ganti mencukupi untuk komponen yang perlu diganti.

Kesemua pemilik akan dihubungi melalui surat dan pemilik tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk proses penggantian.